Selangor Dredging berani laksanakan strategi pembangunan baharu yang diyakini relevan | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Selangor Dredging berani laksanakan strategi pembangunan baharu yang diyakini relevan

Park Seven by SDB ialah kediaman bertingkat tinggi kalis gempa bumi pertama di Malaysia.
Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 15 April - Selangor Dredging Berhad (SDB) menegaskan, pihanya berani mencuba kaedah atau strategi pembangunan baharu yang diyakini berfungsi dan relevan kepada pembeli rumah masa hadapan.

 

Katanya, setiap pembangunan yang akan dilaksanakan bermula dengan visi yang jelas sebelum sesebuah konsep dibangunkan bagi memenuhi keperluan keseluruhan pembangunan.

 

Kumpulan itu berkata, setiap pembangunan memerlukan reka bentuk yang sesuai dengan lokasi dan gaya hidup yang boleh disokongnya.

 

"Antara kekuatan kami termasuk perancangan dan keupayaan kami membataskan sempadan luar dan dalam dengan setiap projek yang direka bagi mewujudkan hubungan harmoni antara ruang bagi membentuk keselesaaan dan kesejahteraan penghuni," katanya dalam satu kenyataan.

 

Kumpulan itu berkata, pihaknya akan mengenal pasti tanah yang sesuai sebagai langkah pertama kerana ia merupakan perkara asas dalam setiap pembangunan hartanah dan memahami lokasi serta persekitaran kawasan itu.

 

sdb

 

Katanya, pemilihan tapak yang dipilih adalah berdasarkan potensi yang tersembunyi termasuk kedudukan yang memberikan ketanagan atau kawasan dikelilingi kehijauan yang masih menjadi sebahagian daripada persekitaran bandar.

 

"Kami kemudiannya akan memahami keadaan demografik lokasi itu dan menyediakan pembangunan yang memenihigaya hidup, impian dan aspirasi mereka. 

 

"Pembangunan Selangor Dredging tidak pernah dilakukan atas andaian sebaliknya berasakan empati dengan meletakkan diri kami dalam kedudukan pemilik rumah masa depan," katanya.

 

Kumpulan itu berkata, sebagai pemaju khusus, pihaknya lebih fokus dalam setiap pembangunan dan berbeza dengan pemaju lain yang melaksanakan puluhan projek dalam satu masa manakala pihaknya memberi perhatian khusus kepada setiap perincian.

 

Katanya, menerusi cara itu, pihaknya boleh meneiliti setiap pekrara kecil seperti fasad bangunan jubin lantai sehingga kepada kemasan dinding kerana semunya menyumbang kepada kesan keseluruhan yang lebih besar.

 

"Kami sentiasa bertanya kepada diri sendiri bagaimana kami boleh melakukan dengan lebih baik dan melangkaui jangkaan dengan mencabar kebiasaan.

 

"Kami berani mencuba kaedah baharu yang belum diuji atau strategi yang penting bagi membangunkan produk yang bukan sahaja inovatif tetapi juga benar-benar berfungsi dan relevan dengan keperluan pembeli rumah," katanya.

 

Sebagai contoh, katanya, pembangunan terkini mereka adalah rumah strata bertanah yang direka dengan konsep ‘kehidupan berkeluarga’ pasca pandemik COVID-19. Dengan projek 19Trees di Taman Melawati dan Jia di Taman Bukit Serdang yang telah habis dijual sepenuhnya, pembangunan ini telah menetapkan penanda aras baharu dalam industri.

 

"Kami percaya pandangan jauh dan kesanggupan untuk berusaha lebih akan membolehkan kami membina ruang kediaman yang mampu bertahan dalam ujian masa.

 

"Mempunyai portfolio yang stabilmembolehkan kami mengekalkan kawalan kualiti yang lebih ketat dan bertindak balas terhadap cabaran di tapak pada kelajuan yang lebih pantas," katanya. - DagangNews.com