KUALA LUMPUR 8 Ogos — Projek pembangunan rel transit aliran ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang (PML) diyakini memiliki banyak prospek positif kepada sektor pembinaan, menurut CIMB Securities.
Firma penyelidikan tersebut berkata, beberapa syarikat kelihatan bersedia untuk kitaran pertumbuhan baharu apabila pakej sistem itu menghampiri peringkat tender kritikal dalam masa yang terdekat.
Tambahnya, projek mega di negeri berkenaan, dijangka memanfaatkan ramai pemain infrastruktur berpengalaman negara ini dengan rekod prestasi terbukti teguh dan kedudukan kewangan yang kukuh.
"Kami percaya tumpuan beralih kepada pakej sistem pengangkutan awam moden dan berpendapat jangka terdekat menarik perhatian kontraktor termasuk luar negara," kata CIMB Securities dalam notanya.
PML merupakan sistem LRT sepanjang 29.5 kilometer bertujuan untuk mengubah mobiliti bandar Pulau Pinang menghubungkan Komtar ke Pulau Silikon, dan Penang Sentral melalui jambatan lima kilometer.
Pemilik projek, MRT Corp, bakal memanggil tender untuk bahagian jambatan menjelang Oktober 2025, manakala kerja-kerja lanjutan melibatkan laluan awam utama di pulau akan bermula pada bulan ini.
Mengulas lanjut, CIMB Securities difahamkan bahawa sekurang-kurangnya tujuh konsortium telah menyerahkan bidaan untuk kontrak sistem, termasuk komponen stok bahan, sistem isyarat dan trek.
"Keperluan kelayakan ketat MRT Corp seperti pengalaman rel bandar bernilai RM500 juta dalam dekad lalu dan penglibatan syarikat tempatan, membantu menyempitkan bidang kontrak," kata firma itu.
Selain itu, ia memerhatikan bahawa bida yang memerlukan komitmen kewangan paling sedikit daripada kerajaan akan mendapat kelebihan, kerana kontrak itu melibatkan perbelanjaan modal yang besar.
CIMB Securities berkata, kriteria berkenaan termasuk obligasi pemajakan dan penyelenggaraan dalam tepoh jangka panjang, yang mungkin berlanjutan sehingga 30 tahun kepada pemenang tender PML.
Antara pendahulu tambahnya, Gamuda Berhad bekerjasama dengan China Railway Rolling Stock Corp (CRRC), yang mengendalikan kilangnya di Batu Gajah, dan Hitachi Jepun untuk sistem isyarat rel.
"MMC Engineering bekerjasama dengan Hyundai Rotem dari Korea Selatan untuk stok bahan pembinaan stock, manakala konsortium Kumpulan YTL dibentuk termasuk CRRC, Siemens dan Emrail," katanya.
Sesetengah pembida kata CIMB Securities, memainkan peranan utama semasa pembinaan sistem rel dan metro bandar Lembah Klang seperti MMC-Gamuda membina laluan transit cepat Kajang dan Putrajaya.
Tambah firma itu, pakej sistem dianggarkan bernilai kurang RM3.5 bilion, walaupun ia percaya angka tersebut mungkin lebih tinggi selepas menggabungkan komponen pajakan dan penyelenggaraan.
Walaupun saingan sengit, ia membayangkan kemungkinan kejutan daripada persaingan dan menganggap MRCB mungkin muncul sebagai antara pembida untuk pakej sistem. - DagangNews.com







