KUALA LUMPUR 18 Okt - RHB Investment mengekalkan penarafan sektor pengangkutan kepada 'neutral' walaupun prestasi perdagangan domestik yang teguh dan kargo udara dijangka pulih pada musim cuti.
Firma penyelidikan itu berkata, segmen logistik akan menyaksikan kekurangan kapasiti pengangkutan laut berterusan sekurang-kurangnya sehingga Tahun Baru Cina.
Sementara itu, industri kargo udara pula dijangkakan kukuh menjelang musim cuti didorong oleh peningkatan penumpang, dengan kapasiti dan kadar yang lebih tinggi.
“Walaupun prestasi perdagangan domestik yang teguh dan pemulihan penumpang udara, kami percaya saham Westports Holdings Bhd dan Malaysia Airports (MAHB) kini dinilai secara adil.
“Oleh itu, kami lebih menyukai pemain logistik di tengah-tengah kenaikan kadar tambang berikutan gangguan laluan di seluruh dunia,” kataya dalam satu nota penyelidikan hari ini
Dalam nota yang sama, syarikat perkapalan global, Maersk berkata, walaupun penghantaran bersih tinggi dan buku pesanan berkurangan dalam industri, kadar kitar semula yang rendah menunjukkan kapasiti penghantaran kekal digunakan sepenuhnya di kebanyakan laluan perdagangan.
“CH Robinson, firma logistik global, menjangkakan bahawa kesesakan akan berlaku pelabuhan Singapura akan berterusan berkemungkinan sehingga Tahun Baru Cina.
“Kesesakan itu juga mendorong syarikat perkapalan bermula menggunakan pelabuhan alternatif berhampiran,” katanya.
Firma itu berkata, sementara kadar diserahkan kepada pelanggan yang mengakibatkan kesan neutral terhadap sektor pengangkutan, sebarang peningkatan ketara dalam permintaan atau pengetatan bekalan boleh mewujudkan peluang untuk penetapan harga yang lebih menguntungkan.
Sementara itu, RHB Investment berkata, risiko penurunan kepada prospek sektor termasuk kelembapan berterusan dalam pertumbuhan ekonomi global yang boleh melumpuhkan aliran perdagangan dan kadar tambang yang semakin lemah.- DagangNews.com








