KUALA LUMPUR 5 Mac - Power Root Bhd sedang menyediakan strategi pengedaran baharu selain mencari rakan kongsi tempatan baharu bagi mengimbangi ketidaktentuan pasaran eksport yang berterusan, kata RHB Research.
Katanya, langkah itu bagaimanapun mengambil masa lama untuk menjadi kenyataan atau menghasilkan kestabilan jualan yang lebih baik.
"Sementara itu, pasaran domestik secara relalatifnya kekal stabil, hasil daripada ekuiti jenama Power Root yang kukuh dan inisiatif pemasaran yang berkesan. Dinamik sedemikian diangka kekal hingga FY26.
"Berkenaan dengan kenaikan harga kopi, kami memahami bahawa syarikat telah mengunci kadar yang lebih rendah sehingga Februari 2026.
"Sekiranya harga kekal dinaikkan melebihi itu, pelarasan harga perlu diambil untuk melindungi margin keuntungan," katanya dalam satu nota kajaian.
Terdahulu, untung bersih Power Root pada 9MFY25 menyusut 22% kepada RM26 juta hanya mencapai 68% dan 65% unjuran tahun penuh dan consensus.
Bagaimanapun, kami menjangkakan 4QFY25 yang lebih kukuh didorong permintaan berkaitan dengan musim perayaan, dan masa perbelanjaan pemasarannya.
Firma penyelidikan itu berkata, pertumbuhan yang agak lemah adalah akibat daripada pasaran Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang terjejas akibat persaingan daripada produk import lain.
Bagaimanapun, untung kasar 9MFY25 susut 11% kepada RM32 juta disebabkan kos kakitangan dan perbelanjaan pemasaran yang lebih tinggi.
Jualan dari suku tahun ke suku tahun FY25 meningkat sebanyak 13% kepada RM116 juta dengan peningkatan semula jualan eksport sebanyak 28% berikutan penglibatan pengedar baharu.
"Kami mengekalkan saranan "neutral" dengan harga sasaran (TP) RM1.37 sesaham," katanya. - DagangNews.com








