KUALA LUMPUR 27 Okt - Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) yang ditandatangani dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini tidak akan menjejaskan kedaulatan negara.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata sebaliknya Malaysia turut memperoleh keuntungan dari segi akses pasaran yang lebih baik berbanding yang dipersetujui sebelum ini.
“Jika anda melihat perjanjian itu, ia menghormati kedaulatan kedua-dua negara, kita tidak akan menandatangani sesuatu yang akan menjejaskan kedaulatan negara kita.
"AS telah menawarkan akses pasaran yang lebih baik dan terjamin berbanding komitmen awal kita," katanya pada sidang media pada Ahad.
Malaysia berpuas hati dengan perjanjian perdagangan yang dicapai dengan AS, katanya.
Tengku Zafrul berkata perjanjian berkenaan yang memastikan persekitaran dagangan lebih terbuka akan meningkatkan keyakinan pelabur sekali gus menjadikan syarikat AS lebih berminat untuk mengembangkan operasi mereka di Malaysia.
Menurut Kuala Lumpur dan Washington dalam pernyataan bersama pada Ahad, AS telah mengenal pasti produk daripada senarai dalam Lampiran III Perintah Eksekutif 14346 bertarikh 5 Sept 2025, mengenai Potential Tariff Adjustments for Aligned Partners untuk mendapat kadar tarif timbal balas sifar peratus. - BERNAMA








