KUALA LUMPUR 25 Mac - Kadar Dasar Semalaman (OPR) diramal kekal dan juga tidak berubah pada 3.00 peratus sepanjang 2025, kata Public Investment Bank Berhad (PublicInvest).
Situasi itu konsisten dengan jangkaan garis dasarnya untuk unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025 yang stabil masing-masing sebanyak 4.9 peratus dan 2.4 peratus berbanding inflasi mencecah 5.1 peratus setahun lalu.
Katanya, aktiviti domestik yang sejajar secara meluas dengan unjuran Bank Negara Malaysia (BNM) dan masih wujud risiko penurunan berbanding pertumbuhan, ia menjangkakan Jawatankuasa Dasar Monetari akan mengambil sikap berhati-hati.
"Pendekatan tunggu dan lihat berkemungkinan berlaku memandangkan BNM memantau perkembangan luaran, khususnya yang berkaitan dengan langkah perdagangan serta isu tarif," katanya dalam satu nota kajian.
Firma penyelidikan itu seterusnya berkata, sekiranya tiada kejutan ketara terhadap pertumbuhan atau trajektori inflasi, normalisasi dasar adalah tidak dijangka dan ia mengekalkan tetapan OPR tidak berubah dalam tempoh yang terdekat.
Implikasi ekonomi akibat tarif timbal balas Amerika Syarikat (AS) dan tindakan perdagangan berkaitan semikonduktor akan dipantau dengan teliti, memandangkan potensi kesannya terhadap sektor luar Malaysia, kata PublicInvest.
"Faktor-faktor ini akan menjadi kritikal dalam membentuk pandangan dasar monetari ke hadapan," katanya.
Begitu juga, CIMB Securities Sdn Bhd dalam nota Penyelidikan Perbendaharaan dan Pasarannya, ia mengulangi pandangan mengenai jeda OPR yang dilanjutkan pada 3.00 peratus sepanjang 2025.
Firma penyelidikan itu berkata, ia ekoran cabaran besar yang meramalkan 2025 disebabkan oleh ketidaktentuan dasar global semakin meningkat, serta kesan kejutan bekalan terhadap pertumbuhan dan inflasi.
BNM katanya, akan bergantung kepada data sebagai rujukan untuk terus membimbing dasar monetari.
"Jurang keluaran positif didorong kekuatan mampan dalam permintaan dalam negeri, menunjukkan bahawa dasar monetari berkemungkinan akan bertindak balas kepada perkembangan dasar global dan domestik,” kata CIMB Securities.- DagangNews.com








