OMSMC perkenal Cath Lab 2 dilengkapi teknologi terkini, tawar perkhidmatan PGx | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

OMSMC perkenal Cath Lab 2 dilengkapi teknologi terkini, tawar perkhidmatan PGx

Oleh Amree Ahmad

KUALA LUMPUR 17 Mac — Oriental Melaka Straits Medical Centre (OMSMC) memperkenalkan Cath Lab 2 yang beroperasi sepenuhnya dengan teknologi Biplane Angiography beserta sistem Philips Azurion 7, serta perkhidmatan Precise Pharmagenomics (PGx).
 

Langkah ini merupakan pencapaian penting pusat perubatan di Melaka itu dalam aspek kardiologi intervensi dan elektrofisiologi, dengan menawarkan pengimejan beresolusi tinggi, pendedahan radiasi yang berkurangan dan masa prosedur yang lebih singkat.
 

Ketua Pegawai Eksekutif OMSMC, Lee Soon Teck berkata, teknologi terkini itu adalah sangat bermanfaat untuk rawatan kes jantung pediatrik, yang membolehkan visualisasi tepat struktur jantung rumit dan memastikan proses intervensi dibuat secara lebih selamat.

 
“Pelancaran Cath Lab 2 mengukuhkan dedikasi OMSMC merintis bidang penjagaan kesihatan jantung termaju di Malaysia dan dengan pelaburan dalam teknologi terkini, kami komited memberi rumusan bertaraf dunia bagi menambah baik pesakit,” katanya dalam satu kenyataan.
 

OMSMC juga tambah beliau, telah bekerjasama dengan Global Precision Diagnostics (GPD) bagi melancarkan perkhidmatan PGx, iaitu inisiatif yang cemerlang dalam perubatan peribadi dan sekali gus memastikan terapi yang lebih selamat dan cukup berkesan.
 

Ujian PGx merupakan perkhidmatan farmakogenomik genom yang pertama disarankan secara klinikal di Malaysia dan telah menerima pengiktirafan daripada Malaysian Book of Records pada 2023.
 

Menerusi penganalisaan lebih daripada 1,000 gen berbeza dan merangkumi lebih 500 ubat-ubatan biasa yang ditetapkan, PGx memperkasakan profesional penjagaan kesihatan untuk menyesuaikan rawatan dengan profil genetik setiap pesakit yang dirawat.
 

Selain itu, OMSMC diiktiraf sebagai penerima Anugerah Jenama Terbaik Dunia The BrandLaureate 2024-2025, dalam kategori Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Pelbagai Bidang dan Penyelesaian Pelancongan Perubatan sebagai penghargaan terhadap kepimpinan dan komitmen hospital itu.

 

Pengiktirafan berprestij ini menunjukkan dedikasi hospital terhadap kemajuan piawaian penjagaan Kesihatan dan mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi perubatan utama di rantau ini dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi.
 

 

“Usaha berterusan kami dari segi inovasi perubatan dan penjagaan kesihatan yang diperincikan secara peribadi ternyata membezakan kami daripada yang lain," kata Soon Teck.
 

Beliau juga bangga kerana pengiktirafan terkini BrandLaureate mengesahkan misi OMSMC berada di barisan hadapan dalam kecemerlangan penjagaan kesihatan serta sangat berterima kasih kepada rakan kongsi, profesional perubatan dan komuniti atas sokongan berterusan mereka.
 

Selain itu, OMSMC bersyukur menjadi hospital pertama di Melaka yang menyertai rangkaian Global Green and Healthy Hospitals (GGHH) dan pencapaian ini menegaskan komitmen kukuhnya terhadap kelestarian melalui inisiatif seperti tenaga solar, penyejukan lestari, dan pengurusan sisa.

 

Kesemua inisiatif tersebut jelas beliau, bertujuan untuk mempromosikan masa depan yang lebih sihat bagi pesakit, kakitangan, dan komuniti. - DagangNews.com