MMAG lantik Ahmad Luqman sebagai Pengarah Eksekutif dan CEO MJets Air | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

MMAG lantik Ahmad Luqman sebagai Pengarah Eksekutif dan CEO MJets Air

Oleh Amree Ahmad

KUALA LUMPUR 4 Feb - MMAG Holdings Berhad melantik Ahmad Luqman Mohd Azmi sebagai Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MJets Air Sdn Bhd iaitu bahagian pengangkutan udara komersialnya.


 

Dengan selama lebih 25 tahun pengalaman luas dalam industri penerbangan dan logistik, beliau sebelum ini pernah juga berkhidmat sebagai CEO Bisnes Penerbangan di Malaysia Aviation Group (MAG).


 

Ketika itu, beliau melakar sejarah apabila memimpin syarikat penerbangan nasional tersebut kepada pertumbuhan hasil sebanyak 33 peratus pada 2023, sekali gus mengatasi tahap sebelum wabak Covid-19.


 

Ahmad Luqman juga memainkan peranan penting dalam memulihkan prestasi kewangan MASkargo Sdn Bhd, dengan mengukuhkan kedudukan anak syarikat MAG itu sebagai peneraju pengangkutan udara serantau.

 


Sementara itu, sebagai Pengarah Eksekutif MJets Air pula, beliau dijangka mampu dalam memacu hala tuju strategik MMAG untuk dapat merentasi bahagian penerbangan, logistik dan rantaian bekalan syarikat.


 

Malahan beliau dijangka mampu memanfaatkan kepakarannya sebelum ini untuk mengembangkan prospekk operasi di pasaran rantau Asia Tenggara selain China dan India yang semakin berkembang pesat.

 


Pengerusi MMAG, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman mengalu-alukan pelantikan baharu tersebut dan menyifatkan ia sebagai ‘detik perubahan' untuk perkembangan jangka panjang syarikat berkenaan sendiri.


 

Ahmad Luqman dalam pada itu menyatakan semangat untuk pendekatan inovatif MMAG terhadap penerbangan dan logistik serta menekankan komitmen terhadap transformasi digital dan kecekapan operasi. - DagangNews.com