Leong Hup diyakini terima manfaat daripada kestabilan harga haiwan ternakan, kos makanan lebih rendah - Maybank IB | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Leong Hup diyakini terima manfaat daripada kestabilan harga haiwan ternakan, kos makanan lebih rendah - Maybank IB

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 20 Feb - Leong Hup International Bhd diyakini menerima manfaat daripada purata harga jualan (ASP) haiwan ternakan yang stabil disokong permintaan yang bekalan yang lebih seimbang di seluruh negara.

 

Maybank Investment Bank (Maybank IB) mengekalkan pandangan positif terhadap kumpulan itu memandangkan ASP haiwan ternakan berkemungkinan stabil pada 2025.

 

"Kami menyemak naik anggaran pendapatan tahun kewangan 2024 (FY24) kami sebanyak 16% selepas pelarasan untuk kadar operasi semasa, tetapi mengekalkan unjuran pendapatan FY25-FY26.

 

"Kami mengekalkan saranan "beli" pada harga sasaran (TP) 75 sen sesaham," katanya dalam atu nota kajian.

 

Selain Malaysia, kumpulan itu mempunyai kehadiran di Singapura, Indonesia, Vietnam dan Filipina.

 

Firma penyelidikan percaya, ASP haiwan ternakan di Indonesia bertambah baik secara progresif pada suku keempat (4QFY24) dengan potensi peningkatan 9% hingga 14% bagi ayam daging dan anak ayam berumur sehari memandang dinamik permintaan an bekalan yang baik.

 

Sementara itu, Maybank IB berkata, ASP ayam Malaysia dan Vietnam juga kekal stabil berikutan kesan penyatuan industri domestik dan pertumbuhan permintaan secara beransur-ansur di Vietnam. 

 

Katanya, pada akhir 3QFY24, Indonesia, Malaysia dan Vietnam masing-masing menyumbang 37%, 25% dan 20% daripada hasil kumpulan.

 

"Terdapat pelonggaran yang ketara dalam ASP bahan mentah makanan Leong Hup di mana purata harga jagung dan kacang soya telah menyusut masing-masing sebanyak 24% dan 22% pada 2024," katanya.

 

Firma penyelidikan itu menjangkakan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan margin pelunasan (EBITDA) kilang pengeluar makanan haiwan ternakan akan beransur-ansur perlahan apabila kumpulan menyerahkan penjimatan kosnya kepada pelanggan.

 

Bagaimanapun, margin EBITDA ternakan kumpulan itu dijangka kekal tinggi dalam tempoh terdekat.- DagangNews.com