Lapan syarikat jadi rakan strategik PUO perkasa latihan, pendidikan TVET | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Lapan syarikat jadi rakan strategik PUO perkasa latihan, pendidikan TVET

Salmi (tengah) bersama wakil International Cultural Communication Center Malaysia dan Barakah Systems Sdn. Bhd. selepas menandatangani LOI bagi kerjasama strategik.
Oleh Zaki Salleh

IPOH 9 Okt - Lapan syarikat dan organisasi menjadi rakan strategik Politeknik Ungku Omar (PUO) menerusi kerjasama yang dimeterai bagi memperkasa agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

 

Kerjasama ini merangkumi penempatan latihan industri dan peluang pekerjaan pelajar, latihan serta pembangunan staf, penyelidikan bersama, perkongsian kemudahan dan pemindahan ilmu.

 

Syarikat tersebut adalah International Cultural Communication Center Malaysia, Barakah Systems Sdn. Bhd., Association of Chartered Certified Accountants dan Kopetro Food Sdn. Bhd.

 

Turut terlibat Proweld Training Centre Sdn. Bhd., Crescent Gear Solution Sdn. Bhd., Universitas Dian Nusantara dan Hande (Malaysia) Sdn. Bhd.,

 

Perak

 

Perak

 

Pengarah Politeknik Ungku Omar, Dr. Salmi Che Meh berkata, kerjasama itu selaras dengan aspirasi PUO untuk memperkukuh hubungan dua hala dengan pihak industri.

 

Beliau berkata, usaha berterusan menjalin kerjasama dengan pelbagai agensi dan syarikat akan terus menjadi keutamaan PUO dalam memastikan ekosistem pendidikan teknikal terus berkembang seiring dengan keperluan industri dan komuniti setempat.

 

“Kolaborasi strategik ini bukan sekadar membuka ruang kepada pelajar menjalani latihan industri, tetapi juga memperkukuh perkongsian kepakaran serta sumber antara PUO dan industri.

 

“Langkah ini penting dalam memastikan graduan kita memiliki kemahiran yang relevan, berdaya saing dan memenuhi keperluan pasaran semasa,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Perak

 

Perak
Salmi (tengah) bersama sebahagian daripada wakil industri dan syarikat yang menyertai Program Career Connect @ PUO 2025 di Ipoh.

 

Terdahulu, majlis menandatangani Surat Hasrat (LOI) kerjasama tersebut dimeterai pada Program Career Connect @ PUO 2025 serta pelancaran Bulan Kaunseling Peringkat PUO 2025 di kampus Ipoh.

 

Majlis berkenaan turut disertai wakil industri, ahli akademik serta lebih 1,000 pelajar dan graduan PUO.

 

Sebanyak 30 syarikat pula membuka ruang pameran dan melaksanakan sesi temuduga terbuka selain seminar kerjaya.  - DagangNews.com