KUALA LUMPUR 9 April — Langkah Binastra Corporation Berhad menceburi projek pembinaan pusat data diyakini boleh membuka laluan lebih luas kepada pelbagai lagi jenis projek lain, kata RHB Research.
Firma penyelidikan itu berkata, tinjauan projek pembangunan pusat data di Bukit Jalil mendapati ia yakin dengan kemajuan kumpulan tersebut walaupun penglibatannya lebih kecil secara relatif berbanding kontraktor tersenarai lain.
Setakat ini, Binastra memperoleh kontrak kerja bagi pusat data bernilai RM1.2 bilion meliputi empat projek, yang membentuk kira-kira 25 peratus daripada buku pesanan terkumpul RM3.6 bilion kumpulan berdasarkan anggaran firma itu.
"Kami menjangkakan keinginan Bintastra meneroka lebih jauh daripada projek hartanah kediaman serta tidak terhad kepada pusat data, dan ia terbukti melalui penganugerahan tender loji rawatan kumbahan," katanya dalam nota kajian.
Walaupun RHB Research tetap menyedari faktor luaran seperti tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS) serta isu Rangka Kerja Penyebaran Kecerdasan Buatan (AI) AS, firma itu berasa selesa dengan potensi Binastra kebelakangan ini.
Justeru, ia mengekalkan saranan "beli" terhadap syarikat itu dengan mengunjurkan harga sasaran boleh mencecah RM2.21 sesaham iaitu peningkatan 30 peratus dan turut menjangkakan pendapatan pada FY26F boleh bertambah sebanyak dua peratus.
Perkembangan positif itu kata RHB Research, dengan merujuk Exsim Development, sebuah syarikat Fortune 500 Jepun, bakal menjadi penyewa utama untuk pusat data Fasa 1 di Bukit selain masih ada minat kuat daripada beberapa syarikat utama lain.
"Untuk sambungan 2 Fasa 1, Eksim sedang berbincang dengan empat peminjam berpotensi untuk menggantikan Aperia Cloud Services, yang sepatutnya menggunakan 10.5MW daripada kapasiti keseluruhan 15MW untuk pusat data tersebut," kata firma itu.
Jika satu peminjam berkenaan mengambil 10.5MW, RHB Research tidak menolak kemungkinan baki tiga peminjam lain menduduki Fasa 2, yang kini sedang menjalani kerja-kerja penanaman cerucuk, dengan kapasiti pusat data itu sebanyak 15MW.
Dalam skema besar, ia menganggap pendedahan projek pusat data oleh Binastra di Lembah Klang, dengan jumlah bekalan langsung di Cyberjaya diramalkan mencecah 232MW pada tempoh CY27 berbanding 88MW dalam CY24 menurut Keppel DC REIT.
Sekiranya Bintasra terus membina rekod prestasinya dalam pembinaan pusat data, RHB Research tidak menolak kebarangkalian peluang limpahan untuk projek bangunan perindustrian lain menyusul seperti kilang dan gudang. - DagangNews.com








