KUALA LUMPUR 9 Mei — Kemerosotan hasil sebanyak 23 peratus tahun ke tahun (YoY) yang direkodkan Pentamaster Corp Berhad pada tempoh 1QFY25 kepada RM131.6 juta didorong kelemahan dalam segmen rumusan automasi kilang (FAS), kata Phillip Capital.
Firma penyelidikan tersebut berkata, ia sepatutnya menjadi tonggak utama kepada segmen perubatan ringan yang kebanyakannya itu berjaya diimbangi permintaan semikonduktor lebih kukuh dalam segmen peralatan ujian automatik (ATE).
Katanya, hasil suku tahunan kumpulan berkenaan sebahagian besarnya disokong oleh prestasi automotif yang lebih baik selaras dengan permintaan semakin positif untuk rumusan ujian dan pemasangan bahagian hadapan dan belakang.
"Hasil 1QFY25 adalah agak mendatar tetapi keuntungan bersih teras Pentamaster pula jatuh 19 peratus suku ke suku (QoQ) disebabkan caj susut nilai lebih tinggi dan hasil faedah yang rendah," katanya dalam satu nota kajian.
Segmen automotif bagaimanapun katanya, merupakan penyumbang hasil terbesar pada suku ini iaitu 39 peratus, berikutan penurunan mendadak dalam hasil berkaitan perubatan, yang telah menyumbang 59 peratus daripada hasil ketika 4QFY24.
Buku tempahan terkumpul kumpulan itu kata firma penyelidikan tersebut, menguncup 13 peratus QoQ kepada RM350 juta berbanding RM400 juta pada 4QFY24, yang mencerminkan permintaan lemah berpanjangan merentas semua segmen.
Ia menambah, segmen FAS pula mewakili 65 peratus daripada jumlah buku tempahan, yang meliputi 41 peratus daripada perubatan, 14 peratus daripada produk pengguna dan industri, serta 10 peratus daripada elektro-optik.
"Sementara segmen ATE hanya membentuk baki sebanyak 35 peratus, yang didorong daripada automotif iaitu 23 peratus dan semikonduktor 12 peratus berikutan permintaan baharu untuk peralatan pengendalian ujian," kata Phillip Capital.
Berdasarkan prestasi semasa itu, firma penyelidikan berkenaan terus mengekalkan saranan "beli" dan harga sasaran iaitu RM3.20 sesaham dengan mengambil kira risiko kadar pertukaran mata wang serta kelewatan tempahan. - DagangNews.com








