KUALA LUMPUR 9 Julai - Isu teknikal berkaitan paparan graf penggunaan kWh bulan Julai di aplikasi myTNB telah berjaya diselesaikan.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan paparan graf penggunaan harian dan bulanan itu telah pun kembali berfungsi sepenuhnya.
"Kami akan terus memantau prestasi sistem bagi memastikan pengalaman pengguna yang lancar.
"Kami ingin sekali lagi memberi jaminan bahawa isu ini tidak menjejaskan bacaan meter sebenar atau bil muktamad pelanggan bagi bulan Julai," kata TNB dalam satu makluman di media sosial rasminya hari ini.
TNB turut memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang timbul dan menghargai kesabaran semua pelanggan sepanjang proses penambahbaikan ini.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh disalurkan melalui:
• Private Message (PM) di Facebook TNB Careline
• Direct Message (DM) ke X @Tenaga_Nasional
• E-mel kepada [email protected]
• Hubungi
1300-88-5454.- DagangNews.com








