Dayang Enterprise peroleh kontrak sedia bot penginapan 159 hari daripada PETRONAS Carigali | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Dayang Enterprise peroleh kontrak sedia bot penginapan 159 hari daripada PETRONAS Carigali

Oleh HAMDEN RAMLI

KUALA LUMPUR 2 Mac – Dayang Enterprise Holdings Bhd (DEHB) menerusi anak syarikat milik penuhnya, DESB Marine Services Sdn. Bhd. (DMSSB), memperoleh perintah kerja bagi penyediaan Accommodation Work Boat (AWB) daripada PETRONAS Carigali Sdn Bhd (PCSB).

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat berkata nilai kontrak adalah berdasarkan perintah kerja yang akan dikeluarkan oleh PCSB sepanjang tempoh kontrak, iaitu kira-kira 159 hari bermula dari tarikh sijil kapal dikeluarkan , dengan pilihan lanjutan sehingga 60 hari.

 

 

 

 

 

Kontrak tersebut dijangka menyumbang kepada pendapatan kumpulan sepanjang tempoh pelaksanaannya, namun tidak memberi sebarang kesan terhadap modal saham terbitan DEHB.

 

Dari segi faktor risiko, syarikat memaklumkan pelaksanaan kontrak terdedah kepada risiko seperti ketersediaan tenaga kerja mahir dan bahan, perubahan harga bahan mentah serta perubahan dalam keadaan politik, ekonomi dan peraturan.

 

Bagaimanapun, DMSSB akan memastikan pematuhan ketat terhadap prosedur keselamatan dan operasi dalam memenuhi keperluan kontrak.

 

 

 

 

 

Lembaga Pengarah DEHB berpandangan penerimaan kontrak tersebut adalah demi kepentingan terbaik syarikat.

 

Pada masa sama, tiada pengarah, pemegang saham utama atau pihak berkaitan mempunyai sebarang kepentingan langsung atau tidak langsung dalam kontrak berkenaan. - DagangNews.com