KUALA LUMPUR 4 Ogos - PGMall, cabang e-dagang Kumpulan Public Gold dan platform beli-belah dalam talian tempatan terkemuka di Malaysia, telah meraikan ulang tahun ke-8 penubuhannya dengan penganjuran PGMall Summit 2025 buat julung kalinya di Pullman KLCC pada Sabtu lalu.
Bertemakan "Dari Malaysia, Untuk Rakyat Malaysia", sidang kemuncak ini menghimpunkan lebih 350 penjual dan ConsuMerchant, sekali gus menegaskan peranan PGMall yang semakin penting dalam memperkasa perniagaan tempatan, usahawan digital serta perdagangan akar umbi.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Dato’ Seri Louis Ng, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Public Gold; Datin Seri Yvonne Lim, Pengarah PGMall; dan Jerry Ng, Ketua Pegawai Operasi PGMall.
Diasaskan pada 2017, PGMall dikenali sebagai sebuah platform mesra-penjual yang berpaksikan ketelusan, kelangsungan dan keadilan.
Struktur fi transaksi rata sebanyak 5% – antara yang terendah di Malaysia – memberikan kos yang telus dan mudah kepada para penjual. Berbeza dengan model komisen berlapis dan caj tersembunyi yang diamalkan oleh sesetengah platform lain, PGMall membolehkan penjual mengekalkan lebih banyak hasil jualan dan membina perniagaan secara mampan.
“PGMall bukan sekadar pasar raya digital. Misi kami adalah memperkasakan penjual dan pengguna dengan alat untuk berjaya dalam ekonomi digital—tanpa beban komisen tinggi,” ujar Dato’ Seri Louis Ng.
Keunikan PGMall bukan sahaja pada prinsip keadilannya, malah turut disokong oleh model ekonomi perkongsian ConsuMerchant® yang inovatif, yang kini telah menarik lebih 2 juta pembeli aktif dan 30,000 penjual di seluruh negara.
ConsuMerchant®, atau Consumer-Merchant, adalah istilah yang dicipta sendiri oleh Dato’ Seri Louis dengan menggabungkan dua perkataan ‘pengguna’ dan ‘peniaga’ serta menyatukan elemen “m-e-r” kepada satu identiti. Ia mencerminkan falsafah utama beliau bahawa setiap pengguna juga berpotensi menjadi peniaga.
Melalui model ini, PGMall memperkenalkan program Forever Cashback, sistem ganjaran berasaskan rujukan yang membolehkan pembeli menerima pulangan tunai 0.5% daripada setiap transaksi—bukan sahaja daripada pembelian sendiri, malah juga pembelian individu yang mereka rujuk, dengan kadar sehingga 3.5% pulangan tunai.
Setiap pengguna berdaftar akan secara automatik dilibatkan dalam kempen Shop, Share & Earn yang membolehkan mereka terus meraih ganjaran setiap kali membeli dan berkongsi.
“Penjual dan ConsuMerchant adalah tunjang kekuatan platform ini,” kata Jerry Ng. “Sidang kemuncak ini adalah penghargaan kepada sumbangan mereka dan langkah permulaan ke arah kerjasama yang lebih mendalam pada masa depan.”
Bagi menghargai prestasi cemerlang dan sumbangan luar biasa daripada penjual dan ConsuMerchant, enam anugerah berprestij telah disampaikan dalam majlis ini.
Di bawah kategori Anugerah Penjual, penghargaan diberikan untuk Top Growth Seller Award, Top Preferred Seller Award dan Top Choice Seller Award.
Sementara itu, bagi kategori Anugerah ConsuMerchant, penerima diraikan menerusi Top Personal Sales ConsuMerchant Award, Top Group Sales ConsuMerchant Award dan Top Active Frontline ConsuMerchant Award.
Sebagai platform e-dagang kelahiran Malaysia, PGMall terus menjadi pendukung keusahawanan tempatan menerusi visi jangka panjang yang inklusif, dengan menekankan pertumbuhan bersama berbanding keuntungan jangka pendek.
Pendekatan berteraskan manusia ini menyuburkan ekosistem yang sihat dan menyokong—di mana para penjual diberdayakan, bukan dibebankan dengan yuran tinggi atau peraturan yang membataskan.
Penjual di PGMall mendapat manfaat daripada akses kepada pangkalan pengguna yang besar dan aktif, kebebasan memilih rakan logistik, serta sokongan akaun khusus untuk mengoptimumkan operasi mereka.
Rangkaian ConsuMerchant pula memperluas capaian mereka melalui komuniti rujukan yang dipercayai dan berpaksikan hubungan peribadi.
PGMall terus mengembangkan kehadirannya di peringkat nasional dan serantau. Dengan model perniagaan yang jelas, operasi yang telus serta ekosistem pembeli-penjual yang dinamik, PGMall mengalu-alukan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyertai gerakan ini—di mana pembelian dan penjualan bukan sekadar urus niaga, tetapi satu perjalanan bersama ke arah pertumbuhan, pemerkasaan dan kemakmuran. - DagangNews.com







