Catcha Digital beli syarikat penganjur pameran makanan dan minuman, Constellar berharga RM3.9 juta | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Catcha Digital beli syarikat penganjur pameran makanan dan minuman, Constellar berharga RM3.9 juta

Oleh AMREE AHMAD

KUALA LUMPUR 26 MacCatcha Digital Berhad memperkukuh strategi pengembangan perniagaan acara dengan mengambil alih syarikat penganjur pameran makanan dan minuman (F&B) pada harga RM3.97 juta.


Menurut kumpulan tersebut dalam kenyataan, langkah itu dilaksanakan melalui anak syarikatnya miliknya 60%, One International Exhibition Sdn Bhd, bagi memperoleh Constellar Exhibitions Malaysia Sdn Bhd.


Perkembangan terbaharu itu jelas kumpulan berkenaan, sekali gus menandakan kemasukan syarikat tersebut ke dalam segmen penganjuran acar F&B yang semakin berkembang pesat di pasaran Malaysia.


"Kami berpandangan positif kerana Constellar pernah menganjurkan Malaysian International Food & Beverage Trade Fair (MIFB) selama lebih 25 tahun lalu dengan begitu baik," kata Catcha Digital. 


Acara berkenaan tambah kumpulan itu, merupakan antara acara perdagangan perniagaan-ke-perniagaan (B2B) utama di rantau Asia Tenggara bagi industri F&B dengan turut menjadi tumpuan pelbagai pihak.

 

Perluas portfolio

Jelasnya, pengambilalihan ini akan memperluas portfolio ekspo kumpulan secara signifikan, selain membuka peluang sinergi operasi meliputi rangkaian ejen jualan bersama dan pengurusan kos lokasi. 


Ia membantu Catcha Digital dalam penyelarasan kontraktor dan keupayaan pengurusan acara, dengan penambahan MIFB memperkukuh kedudukan dalam segmen F&B, iaitu salah satu sektor paling dinamik.


Sebelum ini, One International turut memiliki pameran teknologi pertanian Agri Malaysia serta terlibat sebagai rakan usaha sama 49% dalam penganjuran MBAM OneBuild bersama sebuah persatuan.


Langkah strategik ini dilihat mampu mempercepat pertumbuhan perniagaan kumpulan melalui kepelbagaian sektor serta pengukuhan kehadiran dalam pasaran acara perdagangan serantau. - DagangNews.com