Aeronerve dilantik sebagai wakil pemasaran UAV HAVELSAN di Malaysia | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Aeronerve dilantik sebagai wakil pemasaran UAV HAVELSAN di Malaysia

HAVELSAN merupakan syarikat teknologi pertahanan terkemuka Türkiye termasuk menghasilkan UAV.
Oleh Zaki Salleh

KUALA LUMPUR 25 Jun - Syarikat Aeronerve yang berpengalaman 7  tahun dalam penyelesaian bidang pesawat tanpa pemandu (UAS) dan kepintaran data geospatial dilantik menjadi wakil sah bagi memasarkan UAV HAVELSAN di Malaysia.

 

HAVELSAN ialah firma teknologi Türkiye terkemuka yang menyediakan penyelesaian berteknologi tinggi untuk angkatan tentera dan pelbagai sektor sejak ditubuhkan pada 1982.

 

Firma ini juga merupakan peneraju global dalam produk berteknologi tinggi dan penyelesaian inovatif.

 

 

Pesawat
Muslim Abdullah Zaik

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Aeronerve, Muslim Abdullah Zaik berkata, pelantikan tersebut merupakan tanggungjawab besar yang disambut dengan penuh komitmen.

 

Menurut beliau, Aeronerve berbangga apabila diberi kepercayaan sebagai rakan kongsi bagi penyelesaian UAV Havelsan dii Malaysia. 

 

“HAVELSAN merupakan nama besar dalam industri pertahanan dan aeroangkasa global. 

 

“Pelantikan ini mencerminkan keyakinan mereka terhadap kebolehan tempatan serta keupayaan Aeronerve dalam menyediakan penyelesaian berasaskan teknologi tanpa pemandu,” ujarnya kepada DagangNews.

 

Pesawat

 

Pesawat

 

Jenis UAV HAVELSAN yang akan dipasarkan di Malaysia adalah bagi kegunaan peninjauan dan pengawasan.

 

Jelas Muslim, kerjasama ini membuka ruang kepada pemindahan teknologi, peningkatan keupayaan industri tempatan serta penerapan penyelesaian UAV dalam sektor-sektor penting.

 

Ini termasuk pertahanan, keselamatan, pemantauan industri dan pembangunan teknologi nasional

 

“Fokus kami kini adalah untuk memastikan teknologi UAV daripada HAVELSAN dapat diintegrasikan secara efektif dalam keperluan tempatan.

 

“Ia juga secara langsung membuka peluang untuk latihan, sokongan teknikal dan pembangunan bersama selain mencipta peluang pekerjaan kepada tenaga mahir tempatan,” ujarnya. - DagangNews.com