Tanah runtuh di Gohtong Jaya: Lapan maut, 60 mangsa berjaya diselamatkan | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Tanah runtuh di Gohtong Jaya: Lapan maut, 60 mangsa berjaya diselamatkan

Anggota bomba dan Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) menjalankan operasi mencari mangsa yang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali. - Gambar Facebook Agensi Pengurusan Bencana Negara Jabatan Perdana Menteri

BATANG KALI 16 Dis - Lapan maut, manakala 60 mangsa berjaya diselamatkan dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik, Father's Organic Farm, di Gohtong Jaya, setakat ini.

 

Polis mengesahkan angka itu, setakat pukul 10.16 pagi tadi, lapor Berita Harian.

 

Terdahulu, Pengarah JBPM Selangor, Datuk Norazam Khamis dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pukul 2.24 pagi.

 

 

tanahruntuh

 

 

Beliau berkata, ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan sebesar tiga ekar (1.21 hektar). - DagangNews.com