Evocom akan segera tangani kelemahan permintaan kurier ke Amerika Syarikat berlaku sepanjang FY26 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Evocom akan segera tangani kelemahan permintaan kurier ke Amerika Syarikat berlaku sepanjang FY26

Oleh AMREE AHMAD

KUALA LUMPUR 4 SeptEvocom Berhad akan menangani segera kesan kelemahan permintaan kurier ke Amerika Syarikat (AS) yang dikhuatiri berlarutan sepanjang tahun kewangan 2026 (FY26).

 

Langkah itu wajar diuruskan selepas syarikat disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 28 September 2026, selain gangguan geopolitik yang menjejaskan perkhidmatan sokongan rangkaian.

 

Menurut makluman kepada Bursa Malaysia, ketidaktentuan global itu menyebabkan hasil dijangka susut susulan permintaan lebih rendah bagi kargo e-dagang dari China serta penghantaran kurier ke AS.

 

"Cabaran ini hadir ketika Evocom turut mempunyai tahap kebergantungan tinggi terhadap SPX Xpress (Malaysia) Sdn Bhd (SPX), yang menyumbang lebih 80% daripada hasil tahunan kumpulan," jelasnya.

 

Perkembangan tersebut ujar kumpulan berkenaan, sekali gus menjadikan prestasi syarikat itu sebagai terdedah sensitif terhadap sebarang perubahan operasi dan permintaan pelanggan secara tiba-tiba.

 

Bagaimanapun, kumpulan menjangkakan peningkatan bilangan staf penghantaran yang dapat menyokong pertumbuhan operasi teras, susulan pelaksanaan inisiatif pengoptimuman proses dilakukan SPX.

 

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, Evocom mencatat pendapatan mencecah RM84.22 juta, dengan keuntungan sebelum cukai (PBT) RM2.19 juta dan keuntungan selepas cukai (PAT) RM1.54 juta.

 

Evocom_DagangNews2026

 

"Pada 2QFY26, hasil naik 3.46% kepada RM42.83 juta, dipacu peningkatan purata tenaga kerja bulanan bagi perkhidmatan fleksibel kepada 2,752 petugas dan sumbangan pengurusan operasi hab," katanya.

 

PBT suku itu meningkat 5.74% kepada RM1.12 juta, manakala PAT susut 1.55% kepada RM0.76 juta berikutan cukai pendapatan yang dikenakan lebih tinggi, termasuk kos penyenaraian RM0.20 juta.

 

Dalam perkembangan berkaitan, Evocom menyasarkan penyenaraian di Pasaran ACE akhir bulan ini, menerusi terbitan awam 113.91 juta saham baharu yang dijangka mengumpulkan dana RM20.50 juta.

 

Daripada hasil tawaran awam permulaan (IPO) itu, RM7.2 juta akan dijadikan modal kerja, manakala RM3 juta bagi pembangunan aplikasi teknologi dan pengembangan perniagaan pengangkutan udara.

 

"Baki dana pula akan digunakan untuk persediaan ibu pejabat baharu di Nilai, Negeri Sembilan sebanyak RM1.50 juta, modal kerja am RM1.34 juta dan kos penyenaraian RM4.46 juta," katanya.

 

Justeru, dengan strategi tersebut dijangka membantu Evocom mengukuhkan pertumbuhan sambil menangani tekanan permintaan penghantaran kurier ke AS dan risiko geopolitik. - DagangNews.com