TA Securities nilai saham Vetece bakal disenaraikan di Pasaran ACE pada 34 sen | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

TA Securities nilai saham Vetece bakal disenaraikan di Pasaran ACE pada 34 sen

Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 13 Ogos - TA Securities memberikan nilai wajar penyedia penyelesaian teknologi maklumat, Vetece Holdings Berhad (Vetece) pada 34 sen sesaham.

 

Penilaian itu menunjukkan potensi kenaikan sebanyak 36% daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) 25 sen sesaham Vetece yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia 28 Ogos 2024.

 

Firma penyelidikan itu berkata, Vetece dinilai dengan pendapatan sesaham (EPS) tahun kewangan 2025 sebanyak 18 kali.

 

"Kelebihan daya saing utama Vetece ialah rekod prestasi terbukti degan memiliki sejarah kejayaan yang konsisten dan terbukti dalam industri.

 

"Vetece juga mempunyai rangkaian rakan teknologi dan pembekal yang kukuh dengan mempunyai hubungan yang baik dengan rakan teknologi dan pembekal utama yang menyokong operasi," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Vetece lancar IPO Pasaran ACE bagi mengumpul RM34.3 juta

 

BURS

 

TA Securities berkata, pasukan pengurusan Vetece juga dikelola oleh pasukan pengurusan yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi.

 

"Vetece ialah penyedia penyelesaian IT perusahaan yang menawarkan pelbagai perkhidmatan, termasuk perkhidmatan pelaksanaan, penyelenggaraan, sokongan dan perkhidmatan profesional, serta jualan semula perkakasan dan perisian.

 

"IPO ini melibatkan terbitan awam sebanyak 98 juta saham biasa baru dan tawaran jualan sebanyak 39,200,000 saham pada harga IPO 25 sen saham," jelasnya.

 

Vetece  memperuntukkan kira-kira 9% daripada hasil IPO untuk pelancaran produk dan perkhidmatan teras baharu, dan 13% untuk mengukuhkan operasinya di Singapura.

 

Syarikat juga memperuntukkan 15% daripada hasil bagi penubuhan pusat kecemerlangan perisian, 16% untuk pembayaran balik pinjaman, dan selebihnya untuk membiayai anggaran perbelanjaan penyenaraian.

 

Vetece menyediakan perisian untuk perniagaan, termasuk pelaksanaan, penyelenggaraan, sokongan dan perkhidmatan profesional serta penjualan semula perkakasan dan perisian. 

 

Pelanggan syarikat kebanyakannya dalam industri telekomunikasi dan perkhidmatan kewangan dengan Telekom Malaysia Bhd merupakan pelanggan tunggal terbesar untuk kumpulan itu, menyumbang lebih separuh daripada pendapatannya setakat tahun ini. 

 

Syarikat itu juga memaklumkan Telstra Corp Ltd di Australia dan bank-bank di Malaysia sebagai pelanggannya. - DagangNews.com