Spritzer EcoPark anjur karnival 'musim sejuk' mulai 16 Disember 2022 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Spritzer EcoPark anjur karnival 'musim sejuk' mulai 16 Disember 2022

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 13 Dis - Orang ramai dipelawa untuk mengunjungi Spritzer EcoPark di Taiping, Perak bagi merasai pengalaman 'musim sejuk' mulai 16 Disember hingga 25 Disember 2022.

 

Spritzer dalam satu kenyataan berkata, sesi turun salji akan diadakan sebanyak empat sesi setiap hari dan setiap sesi berlangsung selama 30 minit.

 

Menurutnya, sesi tersebut akan bermula pukul 6.30 petang, 8 malam, 9 malam dan 10 malam.

 

"Sambutan akhir tahun Spritzer kembali pada tahun ini dengan tema musim sejuk selepas dua tahun pandemik COVID-19.

 

"Karnival kali ini juga terdapat berbagai aktiviti yang menarik. Orang ramai dialu-alukan untuk mengunjungi Spritzer EcoPark dari 16 Disember 2022 hingga 1 Januari 2023," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Selain itu, sebatang pokok krismas gergasi dengan ketinggian 28 kaki turut didirikan dengan sebahagiannya diperbuat dari botol Spritzer Sparkling dan Air Mineral Semulajadi Spritzer yang dikitar semula. 

 

"Ahli keluarga dan rakan-rakan boleh merakamkan kenangan indah suasana Krismas di struktur berbentuk kubah (igloo)," katanya.

 

 

spritzer

 

 

spritzer

 

 

spritzer

 

Katanya, aktiviti lain termasuklah buih belon gergasi, kart pedal, golf mini, stesen permainan pesta keriangan seperti 'Flip the Bottle' dan 'Toss the Ring, selain aktiviti kraftangan Krismas daripada bahan kitar semula.

 

Tambahnya, bertih jagung buatan Spritzer EcoPark dan minuman istimewa Tropical Fizz dibancuh menggunakan Spritzer Sparkling sentiasa disyorkan dan menjadi pilihan untuk pengunjung bersantai sambil menikmati aktiviti luar.

 

 

spritzer

 

 

Spritzer menggalakkan penggunaan semula dan kitar semula bahan-bahan demi pemuliharaan dan kelestarian alam sekitar melalui eko-pelancongan di Taiping. - DagangNews.com