KUALA LUMPUR 30 Mac - Platform penyewaan kereta, Socar melancarkan program pas bulanan pertamanya bagi mengakses pengalaman perjalanan yang fleksibel dan mudah sambil menawarkan penjimatan besar untuk penyewaan lebih daripada RM400 sebulan.
Dengan Ramadan Raya Monthly Pass baharu, pelanggan ditawarkan dengan pilihan melibatkan pemilihan kenderaan, memanfaatkan lebih 2,000 kereta SOCAR daripada kompak jimat bahan api hingga kepada SUV.
Pas baharu itu tepat pada masanya sempena Ramadan dan Hari Raya yang akan datang, yang mana tawaran ini membantu umat Islam di Malaysia dalam membuat persiapan menyambut perayaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Socar, Shylendra Nathan berkata, pas bulanan tersebut menawarkan kemudahan dan penjimatan yang tiada tandingan kepada pelanggan.
Katanya, pihaknya menyedari kepentingan menyediakan pelanggan dengan pilihan pengangkutan yang fleksibel dan mampu milik.
"Dengan cara ini mereka boleh melakukan perjalanan tanpa perlu risau tentang kos penyewaan, bahan api atau penyelenggaraan individu.
"Pada dasarnya, Monthly Pass kami direka untuk membantu orang ramai ke tempat yang mereka perlu pergi, tanpa perlu risau tentang kos atau kerumitan pemilikan kereta," katanya dalam kenyataan hari ini.


Bagi pelanggan yang menyewa dalam tempoh singkat, Socar memperkenalkan dua tawaran tambahan dengan tempahan sehingga 2 jam yang dibuat antara pukul 9 pagi hingga 3 petang akan menikmati diskaun 50%.
Manakala, tempahan sekurang-kurangnya 2 jam antara pukul 4 petang hingga 8 malam layak mendapat diskaun 35%. Kedua-dua tawaran sah sehingga 21 April 2023.
Socar Ramadan Raya Monthly Pass berharga RM99 boleh dibeli sekarang melalui laman web Socar. - DagangNews.com








