SDAC diiktiraf sebagai pengedar Ford terbaik di Asia Pasifik | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

SDAC diiktiraf sebagai pengedar Ford terbaik di Asia Pasifik

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 24 Mac - Pengedar tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) merangkul Anugerah Kecemerlangan Henry Ford yang sangat diidamkan dengan memastikan tahap kepuasan pelanggan secara keseluruhan yang tertinggi, prestasi perniagaan luar biasa dan inisiatif pelanggan paling cemerlang pada 2022.

 

Selain itu, SDAC juga menerima Anugerah Presiden untuk Jualan dan Anugerah Presiden untuk Servis bagi tahun keempat berturut-turut, dengan tahap kepuasan pelanggan tertinggi bagi kedua-dua aspek perniagaan tersebut.

 

SDAC dalam kenyataan berkata, anugerah ini membezakan pihaknya sebagai rakan pengedar berprestasi tinggi di 20 pasaran pengedar Ford di Asia Pasifik, sekali lagi mengukuhkan kedudukan SDAC sebagai salah satu Persatuan Pengedar Ford terbaik di dunia.

 

Katanya, Anugerah Kecemerlangan Henry Ford yang berprestij, yang sebelum ini dikenali sebagai Anugerah Pengerusi, merupakan pengiktirafan yang tertinggi dalam program ganjaran dan pengiktirafan tahunan pengedar Ford.

 

"Pengedar perlu mencapai beberapa kriteria kelayakan yang ketat untuk bersaing dalam anugerah tersebut, termasuklah pencapaian 100% pada objektif jualan kenderaan dan alat ganti baharu," katanya.

 

Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair berkata, pihaknya berbesar hati menerima anugerah-anugerah tersebut sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian dan inisiatif mereka yang telah dilaksanakan untuk pelanggan.

 

“Kami komited untuk menyediakan pengalaman pemilikan yang lebih kaya dan lebih mendalam untuk pelanggan melalui program holistik seperti Ford Ranger Getaways, inisiatif pertama dan satu-satunya seumpamanya, bukan sahaja di Malaysia, tetapi merentasi rangkaian pengedar Ford yang luas," katanya.

 

 

ford

 

 

Ford Ranger Getaways ialah platform e-dagang pengembaraan berasaskan komuniti yang menghimpunkan pemilik dan orang lain yang berfikiran sama. 

 

Melalui satu siri pengembaraan tempatan yang dipilih secara teliti, pelanggan boleh menemui fleksibiliti dan potensi penuh Rangers mereka.

 

Mata bagi Anugerah Kecemerlangan Henry Ford dan Anugerah Presiden diberi berdasarkan penarafan yang dikumpul daripada maklum balas sebenar daripada pelanggan serta kaji selidik kepuasan yang dijalankan oleh Ford di setiap pasaran pengedarnya.

 

Pasaran Pengedar Ford adalah termasuk di Timur Tengah, Afrika Utara, Afrika Sub-Sahara dan Pasaran-pasaran Pengedar Asia Pasifik. 

 

Pengedar di seluruh wilayah berkenaan menunjukkan komitmen tertinggi dan menyumbang kepada perniagaan Ford, dan rakan niaganya terus mencipta produk yang wajar dimiliki serta servis terbaik, dan melayani pelanggan seperti keluarga. - DagangNews.com