Rize tawar pelanggan kadar keuntungan 5% untuk deposit pertama akaun simpanan | DagangNews Skip to main content

Rize tawar pelanggan kadar keuntungan 5% untuk deposit pertama akaun simpanan

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 12 April - Bank digital terbaharu, Rize yang dikuasakan oleh alrajhi bank Malaysia melancarkan 'Kempen Deposit Rize 2023'.

 

Rize dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kempen tersebut menawarkan kepada pelanggan kadar keuntungan sebanyak 5% untuk RM5,000 deposit pertama yang dimasukkan ke dalam Akaun Simpanan Rize-i (Akaun Simpanan Komoditi Murabahah atau CMSA).

 

Katanya, kempen yang berlangsung sejak 20 Mac hingga 31 Ogos 2023 itu menawarkan pelanggan kadar 4% untuk deposit melebihi RM5,000.

 

"Pelanggan yang layak berhak menikmati kadar keuntungan istimewa.

 

"Kadar keuntungan khas akan dikira setiap hari berdasarkan baki penghujung hari CMSA pelanggan," katanya.

 

Untuk rekod, Rize dilancarkan secara rasmi pada 17 Februari 2023 oleh alrajhi yang mana merupakan bank digital yang ingin memberi inspirasi dan memperkasakan pelanggan yang dikenali sebagai 'Rizers'.

 

Apabila rakyat Malaysia menjadi Rizers, mereka mendapat akses kepada pengalaman perbankan yang dikuasakan teknologi terbaik dalam kelasnya.

 

 

rize

 

 

Semua keperluan perbankan Rizers akan disediakan pada telefon pintar mereka tanpa perlu pergi ke cawangan fizikal. - DagangNews.com