Rebut peluang tawaran menarik Pembiayaan Peribadi-i X-Change MBSB Bank dengan kerjasama PTPTN | DagangNews Skip to main content

Rebut peluang tawaran menarik Pembiayaan Peribadi-i X-Change MBSB Bank dengan kerjasama PTPTN

PEMINJAM-PEMINJAM Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini mempunyai pilihan menarik bukan sahaja diskaun dalam pembayaran balik pinjaman tetapi juga membayar baki pinjaman mereka menerusi tawaran terhad MBSB Bank.

 

Peminjam PTPTN mempunyai pilihan untuk menggunakan kemudahan Pembiayaan Peribadi-i X-change MBSB Bank bagi membuat pembayaran sepenuhnya baki pinjaman PTPTN mereka.

 

Dengan produk patuh syariah dan tiada penjamin diperlukan, pemohon mempunyai akses kepada pembiayaan sehingga RM400,000 selain berpeluang memperoleh baucar beli-belah RM100!

 

Selain itu, para peminjam yang mahu menyusun semula pembiayaan, mereka boleh menyertai program pembayaran tertunda 3 bulan, di mana pembayaran hanya akan bermula 3 bulan selepas pembiayaan dikeluarkan.

 

Ini adalah tawaran yang sangat menarik untuk peminjam PTPTN mengambil PFi sebagai pilihan untuk menyelesaikan pinjaman PTPTN mereka.

 

Promosi ini yang bermula 1 April 2023 sehingga 31 Mei 2023 ini, menawarkan pembiayaan seperti berikut:

 

Minimum RM10,000 – maksimum RM99,999: Pelanggan yang layak akan menerima Sumbangan Waqaf berjumlah RM50 (untuk Muslim) ATAU percuma Insurans Kemalangan Diri sehingga RM30,000 selama setahun yang mana akan dimaklumkan kepada pelanggan dalam tempoh 30 hari melalui e-mel selepas pengkreditan pembiayaan (tertakluk kepada ketersediaan stok dan atas dasar siapa cepat dia dapat).

 

Minimum RM100,000 – RM400,000: e-baucar Mydin bernilai RM100 akan diberikan kepada pelanggan yang layak melalui e-mel dalam tempoh 14 hari selepas pengkreditan pembiayaan (tertakluk kepada ketersediaan stok dan atas dasar siapa cepat dia dapat).

 

Minimum RM50,000 – RM400,000: 1) 500 pelanggan pertama yang membuat penyelesaian PTPTN dengan permohonan pembiayaan berjumlah RM50,000 atau lebih yang diluluskan layak menerima wang tunai sebanyak RM100.

 

Ganjaran istimewa akan dikreditkan ke dalam akaun aktif CASA-i bagi Pelanggan yang Layak dalam masa 30 hari dari tarikh pengeluaran pembiayaan.

 

parafrasa

 

Pemohon dikecualikan daripada dikenakan deposit sekuriti manakala kaedah pembayaran ialah hanya secara potongan gaji Biro ANGKASA, Accountant General (AG) atau pihak Majikan.
 

Butiran lanjut mengenai kempen Kolaborasi MBSB Bank PF-i PTPTN ini boleh diperoleh di laman web https://www.mbsbbank.com/bm/promotions/special-collaboration-ptptn-under-personal-financing-i-x-change-campaign


 

parafrasa