Qoala perluas pilihan insurans kenderaan menerusi kerjasama AmGeneral Insurance | DagangNews Skip to main content

Qoala perluas pilihan insurans kenderaan menerusi kerjasama AmGeneral Insurance

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 8 Dis - Qoala mengembangkan senarai rakan kongsi insuransnya dengan AmGeneral Insurance Berhad bagi meluaskan pilihan polisinya untuk insurans kereta dan motosikal. 

 

Kerjasama tersebut mengukuhkan insurtech sebagai insurans dan takaful paling komprehensif di pasaran Malaysia.

 

Ketua Qoala Malaysia, Akash Sharma berkata, pihaknya teruja untuk mempunyai AmGeneral Insurance untuk memudahkan perjalanan insurans rakyat Malaysia.

 

"Perkongsian itu akan membolehkan pelanggan mempunyai pilihan lebih besar dalam memilih produk paling sesuai dengan keperluan mereka, menjadikan Qoala pusat sehenti untuk semua insurans dan takaful," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Ketua Pegawai Eksekutif AmGeneral Insurance, Martin Bridger berbesar hati untuk melibatkan Qoala sebagai salah satu rakan pengedaran, dalam menyediakan pelanggan mendapatkan perlindungan insurans meliputi keperluan mereka.

 

Sehingga kini, Qoala mempunyai tujuh rakan kongsi insurans dan takaful di Malaysia meliputi kereta, motosikal, harta benda, kemalangan diri, perjalanan dan kesihatan.

 

Antaranya ialah AmGeneral Insurance, AXA Insurans Am Affin, Insurans Am Etiqa & Takaful, Insurans Lonpac, Takaful Ikhlas, Tune Protect, dan Insurans & Takaful Am Zurich.

 

Sinonim menjadi insurans dan takaful yang mudah, telus serta mampu milik di pasaran, Qoala telah menyaksikan pertumbuhan kukuh tahun ini di sebalik pengembangan penawaran produk dan rakan kongsi insurans yang menyertainya.

 

Pertumbuhan itu dijangka menyumbang pendapatan sebanyak 11 kali ganda pada hujung tahun. - DagangNews.com