PUNB, CelcomDigi sumbang RM10,000 dan komputer riba kepada sekolah terpilih menerusi program CSR di Pahang | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

PUNB, CelcomDigi sumbang RM10,000 dan komputer riba kepada sekolah terpilih menerusi program CSR di Pahang

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 22 Sept - Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) dan CelcomDigi bekerjasama buat julung kalinya menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR), 'Let's Give Back' untuk penduduk kampung sekitar Kuala Tahan, Jerantut, Pahang, baru-baru ini.

 

Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Izwan Zainuddin berkata, program CSR ini selaras dengan agenda PUNB dalam menyokong dan mempromosikan matlamat pembangunan mampan (SDG) terutamanya dalam bidang ekonomi, sosial dan alam sekitar.

 

Menurutnya, pada Mei lalu, PUNB memperkenalkan program baharu, Empowering Orang Asli Communities Through Skills & Training (ECO) bagi memperkasakan kehidupan belia Orang Asli dan merapatkan jurang ketidaksamaan dalam ekonomi dengan menyediakan latihan sambil bekerja di bengkel-bengkel kenderaan milik Rakan Usahawan PUNB terpilih. 

 

"Agenda SDG PUNB diteruskan dalam program CSR kali ini dengan memasang 10 lampu solar LED di tiga perkampungan Orang Asli sebagai langkah menyokong penggunaan tenaga hijau dan mengurangkan pelepasan karbon yang boleh mencemarkan alam sekitar," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.


 
Pada program CSR itu, PUNB mengedarkan 250 bakul makanan kepada penduduk kampung berkenaan dan menyampaikan pakaian yang disumbangkan warga kerja PUNB. 

 

Selain itu, PUNB turut menyumbangkan wang tunai sebanyak RM10,000 dan peralatan memanah kepada lima sekolah di sekitar Jerantut dan Kuala Tahan.

 

 

punb

 

 

punb

 

 

Izwan berharap sumbangan PUNB dapat memberi manfaat kepada penerima terutamanya kepada masyarakat Orang Asli kerana mereka sentiasa dihargai dan tidak pernah dipinggirkan.

 

"Ia sejajar dengan agenda utama SDG PUNB dalam mencapai keseimbangan keperluan pembangunan operasi dan menyumbang impak positif kepada masyarakat," katanya.

 

 

punb

 

 

Sementara itu, CelcomDigi turut sama menyumbang sebanyak 12 unit komputer riba kepada sekolah terpilih di kawasan tersebut, manakala 300 pek kad sim percuma diagihkan kepada kepada penduduk setempat. 

 

 

punb

 

 

Selaras dengan matlamat syarikat untuk menjadi badan yang bertanggungjawab serta mengambil berat kehendak dan keperluan masyarakat, pada tahun ini, lebih 2,000 unit komputer bernilai RM1.7 juta disumbangkan kepada pihak yang memerlukan di seluruh negara. - DagangNews.com