Projek kediaman Glomac, 121 Residences di Petaling Jaya terjual lebih 95% | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Projek kediaman Glomac, 121 Residences di Petaling Jaya terjual lebih 95%

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 9 Jun - Glomac Bhd meraikan peristiwa penting untuk 121 Residences, projek kediaman bertingkat tinggi di Petaling Jaya, Selangor dengan menyempurnakan 'topping out' yang membuktikan pembinaan berjalan lancar serta berjaya mencapai puncak tertinggi pada aras 34. 

 

Glomac dalam kenyataan berkata, walaupun menghadapi beberapa cabaran pasca-pandemik, seperti kekurangan tenaga kerja sejak 2021, kerja-kerja pembinaan tetap diteruskan dan projek itu dijangka siap mengikut jadual menjelang Januari 2024.

 

"Kerangka struktur binaan yang siap membuktikan kemampuan Glomac untuk menyediakan rumah berkualiti dan mampu milik serta memberi akses mudah ke kawasan pusat bandar.

 

"121 Residences ialah ruang kediaman bersepadu di Lembah Klang, sesuai untuk pembeli berkeluarga kecil serta penghuni kawasan bandar," katanya.

 

Menurut Glomac, 121 Residences terdiri daripada dua menara kediaman yang menawarkan pangsapuri servis dan unit soho bernilai dari RM325,000 ke atas.

 

Ia meliputi kemudahan akses melalui Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), dan Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT) atau melalui pengangkutan Transit Aliran Massa (MRT) Bandar Utama serta laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) akan datang. 

 

"Setakat ini, lebih daripada 95% unit telah terjual dan terdapat beberapa unit sahaja untuk pembelian," katanya.

 

 

glomac

 

 

Para pelanggan yang berminat boleh menghubungi pasukan jualan Glomac di talian 03-2727 7552 atau memuat turun risalah jualan di laman web https://www.glomac.com.my/project/121-residences/. - DagangNews.com