Principal perkenal dana patuh syariah yang mengambil kira keperluan ESG | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Principal perkenal dana patuh syariah yang mengambil kira keperluan ESG

Munirah Khairuddin
oleh HUDA HASSAN

KUALA LUMPUR 29 Mac - Principal Malaysia (Principal) memperkenalkan Dana Principal Islamic Global Responsible Equity Fund (Dana), sebuah dana patuh syariah yang memberi peluang memberi peluang kepada pelabur untuk membuat pelaburan secara mampan merentas portfolio ekuiti yang pelbagai. 

 

Principal berkata, dana patuh syariah itu direka untuk memenuhi permintaan pelabur Malaysia yang mahukan pelaburan mampan dan  mengambil kira faktor persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG).

 

Menurutnya, dana itu memberi peluang untuk mana-mana syarikat membuat pelaburan yang bukan 

sahaja menarik pada asasnya tetapi turut mengamalkan nilai kemampanan yang kukuh dalam perniagaan mereka.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Principal Malaysia, Munirah Khairuddin berkata, Dana itu diperkenalkan bertujuan bagi menyediakan pelanggan dengan pelbagai pelaburan patuh syariah yang memenuhi keperluan diperlukan.

 

 “Di Principal, kami berusaha menawarkan pelabur dengan pilihan penyelesaian inovatif yang bertujuan untuk membina, melindungi dan memajukan kesejahteraan kewangan mereka bagi mencapai hasil yang menggalakkan,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Tambahnya, dengan peningkatan minat dalam dana yang tertumpu pada kelestarian dan yang boleh memberikan impak positif dan pulangan, mereka berharap pelancaran dana itu akan membolehkan lebih ramai pelabur di Malaysia melabur secara mampan dan bertanggungjawab.

 

Sementara itu, ketua pegawai pelaburan (CIO), Malaysia dan CIO Ekuiti ASEAN, Patrick Chang berkata,  

dengan kesedaran yang semakin meningkat mengenai isu kemampanan, mereka percaya dengan penawaran pelaburan yang mempunyai nilai ESG boleh diterjemah kepada prestasi menarik bagi jangka masa sedehara dan panjang.

 

“Pasukan pelaburan mempertimbangkan syarikat yang menunjukkan prinsip kemampanan yang kukuh dalam struktur tadbir urus mereka dan kerap melibatkan mereka untuk menggalakkan penambahbaikan berterusan untuk prestasi jangka panjang yang berjaya,” katanya.

 

Dalam pada itu, Principal turut menggunakan saringan untuk mempertimbangkan secara khusus pendedahan portfolio kepada syarikat intensif karbon (tahap risiko karbon) dan menyasarkan tahap risiko karbon agregat 15% lebih rendah daripada indeks penanda aras. 

 

Selain itu, berhubung keagresifan perakaunan syarikat penerima pelaburan, Principal telah mengenal pasti pendedahan portfolio kepada kedudukan syarikat di bawah purata berbanding rakan setara global dan menyasarkan nilai agregat yang lebih rendah daripada indeks penanda aras. 

 

“Ini adalah tambahan kepada kriteria sosial tetap yang ditetapkan untuk mengecualikan pelaburan dalam syarikat atau penerbit yang tidak memenuhi keperluan syariah. - DagangNews.com