PM ucap takziah pada keluarga mangsa nahas pesawat di China | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

PM ucap takziah pada keluarga mangsa nahas pesawat di China

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 22 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat Boeing 737-800 di wilayah Guangxi, China.

 

Ismail Sabri menerusi hantaran di Facebooknya hari ini berkata, beliau sedih dengan perkhabaran itu dan turut mengucapkan takziah kepada Kerajaan China.

 

"Saya sedih apabila mendapat perkhabaran tentang pesawat penumpang Boeing 737-800 milik China Eastern Airlines terhempas dan mengorbankan 132 penumpang dan anak kapal di Wilayah Guangxi, China semalam.

 

"Saya dan seluruh Keluarga Malaysia mengucapkan takziah yang mendalam kepada Kerajaan China dan keluarga mangsa. Diharap semoga tabah menghadapi ujian ini," katanya.

 

Media semalam melaporkan, sebuah pesawat China Eastern Airlines dengan 132 penumpang serta anak kapal terhempas di kawasan pergunungan di selatan China ketika dalam penerbangan dari Kunming ke Guangzhou.

 

Dalam kejadian tersebut, pesawat itu terhempas di kawasan pergunungan itu secara tiba-tiba menjunam ketika penerbangan mula mengurangkan ketinggian sebagai persediaan untuk mendarat.

 

 

pm
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

 

 

Sementara itu, Wisma Putra petang tadi mengesahkan tidak menerima sebarang laporan mengenai rakyat Malaysia terbabit dengan nahas tersebut.

 

Kementerian Luar dalam kenyataan ringkas memaklumkan, pihaknya akan memantau perkembangan kemalangan itu.

 

"Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Beijing, Konsulat Jeneral Malaysia di Kunming, Nanning dan Guangzhou, di China sedang memantau rapi perkembangan kemalangan itu," katanya. - DagangNews.com