PM seru ahli UMNO terus berjuang martabat agama, bangsa, tanah air | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

PM seru ahli UMNO terus berjuang martabat agama, bangsa, tanah air

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 11 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru seluruh ahli UMNO bersama-sama meneruskan perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan tanah air.

 

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden parti itu menerusi hantaran di Facebook rasminya berkata, beliau berharap UMNO terus kukuh memayungi dan melindungi seluruh masyarakat di negara ini.

 

"Hari ini, genap 76 tahun UMNO menjadi sebuah wadah perjuangan orang Melayu dan nakhoda yang sentiasa menabur bakti kepada seluruh masyarakat tanpa mengira kaum.

 

"Semoga UMNO terus kukuh memayungi dan melindungi seluruh masyarakat di negara ini. Kepada seluruh ahli UMNO, bersama-sama kita meneruskan perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan tanah air. 

 

"Selamat menyambut Hari Ulang Tahun UMNO ke-76," katanya. - DagangNews.com