PM Anwar: Tiada masalah bekerjasama dengan kerajaan negeri PN | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

PM Anwar: Tiada masalah bekerjasama dengan kerajaan negeri PN

Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada majlis pecah tanah Residensi Prihatin Madani dan Medan Selera Madani di Desa Tasik, Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 17 Ogos 2023. - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia untuk bekerjasama rapat dengan Kerajaan Negeri Kedah, Terengganu dan Kelantan, yang diterajui oleh pembangkang.

 

Anwar berkata, semuanya bergantung kepada kemahuan mereka, jika bersedia untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan.

 

"Jika mereka mahu bekerjasama dengan saya, saya akan mengikut prosedur.

 

"Saya mahu memastikan tadbir urus yang baik. Jika ada dana yang benar-benar untuk golongan miskin, ia mesti disalurkan kepada mereka dan bukan kepada orang lain.

 

"Saya akan tegas dengan perkara ini," katanya pada majlis pecah tanah Residensi Prihatin Madani dan Medan Selera Madani di Desa Tasik, Sungai Besi, hari ini, lapor New Straits Times.

 

Anwar ditanya mengenai sinergi antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri selepas Perikatan Nasional mengekalkan tiga negeri itu dalam pilihan raya baru-baru ini. - DagangNews.com