PM ajak orang ramai sertai dialog Temu Anwar di UTM Skudai pada 3 September 2023 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

PM ajak orang ramai sertai dialog Temu Anwar di UTM Skudai pada 3 September 2023

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 1 Sept - Program dialog Temu Anwar akan diadakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor pada Ahad ini.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebooknya hari ini mengajak orang ramai menyertai program berkenaan.

 

"Ayuh warga Johor Bahru ikut serta dalam sesi Temu Anwar yang akan diadakan Ahad ini bersamaan 3 September 2023 bertempat di UTM Skudai.

 

"Seperti kelaziman, peserta yang hadir diberi ruang secara terus untuk bertanyakan apa jua soalan kepada saya.

 

"Insya-Allah, ruang ini kita gunakan sebaiknya dalam mencambah budaya wacana yang sihat dan segar," katanya.

 

 

anwar

 

 

Orang ramai yang berminat boleh mendaftar menerusi laman web temuanwar.com. - DagangNews.com