Piza Ssamjeang pedas ala Korea kembali sempena ulang tahun ke-25 Domino's | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Piza Ssamjeang pedas ala Korea kembali sempena ulang tahun ke-25 Domino's

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 19 Julai - Sempena ulang tahun Domino’s Pizza ke-25 dan sejajar dengan cogan kata jenamanya 'It’s All About You', Piza Ssamjeang yang digemari dan memang dinanti-nantikan ramai akhirnya kembali selepas dua tahun. 

 

Tiga piza Ssamjeang terkenal Domino’s yang pedas lagi lazat dan ditambah baik terdiri daripada Ssamjeang Beef Bulgogi Pizza, Ssamjeang Chicken Pizza dan Ssamjeang Tuna Pizza.

 

Pilihan piza yang ditawarkan membolehkan rakyat Malaysia menjamu selera dengan kelazatan makanan pedas berempah ala Korea, selain boleh dinikmati bersama sajian sampingan Ayam-Haseyo yang turut menggunakan sos Ssamjeang yang pedas berapi tetapi sungguh menyelerakan. 

 

Tawaran Piza Ssamjeang untuk tempoh terhad ini bukan sahaja menambat selera tetapi memberikan kepuasan tidak terhingga setiap kali makan, menjadikan sesiapa yang sanggup menahan pedas teringin untuk memesan lagi. 

 

Ketua Pegawai Eksekutif di Domino's Pizza Malaysia, Shamsul Amree berkata, tahun ini merupakan tahun istimewa kepada Domino's Pizza Malaysia.

 

"Kami meraikan tahun ke-25 memenuhi keperluan pelanggan dan mengutamakan mereka dalam segala yang kami lakukan. Kami telah melaksanakan banyak perubahan selama ini dan sentiasa mendahulukan pelanggan. 

 

"Kami berpegang kepada prinsip kami Its All About You yang telah diterapkan dalam semua usaha kami, daripada membina laman web yang responsif dan sistem pesanan yang mudah klik kepada mencipta sos unik, serta mengubah menu di samping mengguna pakai teknologi kreatif di Domino’s," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

 

dominos
(Dari kiri) Linda Hassan bersama Shamsul Amree dan Ketua Pegawai Pemasaran Domino's Pizza, Fong Win Pink ketika pelancaran Piza Ssamjeang di cawangan Domino’s di Pusat Beli-Belah Hartamas.


 
Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Domino’s Malaysia, Singapura dan Kemboja, Linda Hassan pula berkata, Domino’s telah membuat keputusan untuk menggunakan pendekatan yang unik dan kreatif dalam kempen Ssamjeang tahun ini. 

 

"Kami telah menambah baik perisa Beef Bulgogi Ssamjeang Pizza yang paling popular, dan telah mengambil masa 6 bulan untuk memastikan dagingnya lembut, lebih empuk dan sangat lazat untuk memperbaiki cita rasa Ssamjeang. 

 

"Ujian berulang kali telah dilaksanakan dari dapur satelit kami bersama pasukan pemasaran, audit kualiti, operasi, latihan dan pemerolehan sebelum disempurnakan, untuk memastikan produk dapat dibekalkan tepat pada masanya sebelum pelancaran. Saya ingin menekankan bahawa saya sangat puas hati dengan hasil yang dicapai," katanya.

 

 

dominos

 

 

Domino’s Pizza juga akan melancarkan 'The Ssamjeang Heat Challenge', iaitu kempen yang bermula di cawangan-cawangan utama terpilih di Lembah Klang sebelum dibawa ke negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia. Maklumat lanjut tentang cabaran ini akan dipaparkan di platform media sosial Domino’s. 

 

Piza Ssamjeang dan Ayam-Haseyo kini boleh didapati di semua cawangan Domino’s Pizza di seluruh negara. Nikmati penjimatan tambahan dengan tawaran Domino's Everyday Value Buy 1 Free 2 dengan penghantaran percuma atau dibawa pulang pada harga RM5 untuk piza peribadi, harga termurah di pasaran atau nikmati potongan 50% bagi semua piza sepanjang tahun. - DagangNews.com