Perunding ICT menang kereta Honda City Hatchback S baharu menerusi peraduan 'MR. D.I.Y. x P&G Beli & Menang’ | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Perunding ICT menang kereta Honda City Hatchback S baharu menerusi peraduan 'MR. D.I.Y. x P&G Beli & Menang’

Pengurus Kanan Akaun Utama P&G, Heon Theng Soon (kiri) bersama Alex Goh menyerahkan replika kunci kereta Honda City Hatchback S yang merupakan hadiah utama peraduan MR D.I.Y. x P&G ‘Beli & Menang’ kepada Rudy Marzuki Azmi (tengah).
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 12 Mei - Dua individu bertuah telah dinobatkan sebagai pemenang peraduan ‘MR. D.I.Y. dan MR. DOLLAR x P&G Beli & Menang’ yang dianjurkan bersama syarikat barangan pengguna Procter & Gamble Sdn Bhd (P&G).

 

Perayaan Hari Raya Aidilfitri kali ini lebih meriah buat seorang perunding teknologi komunikasi maklumat (ICT), Rudy Marzuki Azmi, 50, apabila membawa sebuah kereta Honda City Hatchback S baharu, manakala Marizainee Mat Hussin, 49, memenangi motosikal Yamaha Lagenda 115Z.

 

Mengulas tentang kemenangan beliau, Rudy Marzuki yang berasal dari Kelantan berkata, dia amat gembira apabila mengetahui telah memenangi hadiah utama peraduan itu. 

 

"Saya memang merancang untuk menukar kereta baharu selepas raya, dan kini MR DI.Y. dan P&G telah menghadiahkan hadiah raya yang terbaik dalam hidup saya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Marizainee dari Kuala Lumpur pula berkata, dia turut berkongsi keterujaan tersebut apabila pertama kali mengambil bahagian dalam peraduan yang dianjurkan MR DOLLAR. 

 

"Saya amat suka membeli-belah di sana dan secara kebetulan, saya terlihat butir-butir peraduan tersebut semasa berkunjung ke cawangan tersebut bersama seorang rakan. Kami berdua mengambil bahagian dan saya berasa sangat bertuah kerana telah terpilih sebagai pemenang utama," katanya.

 

Sementara itu, Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, ‘MR. D.I.Y. x P&G Beli & Menang’ adalah salah satu peraduan yang paling popular dalam kalangan para pelanggan mereka. 

 

 

mrdiy
Pengurus Kanan Akaun Utama P&G, Heon Theng Soon (kiri) menyerahkan replika kunci motosikal Yamaha Lagenda 115Z iaitu hadiah utama peraduan MR. DOLLAR x P&G ‘Beli & Menang’ kepada Marizainee Mat Hussin.

 

 

"Mereka menyukainya kerana mudah untuk mengambil bahagian dan hadiah-hadiahnya menarik sekali, lebih-lebih lagi apabila kami bekerjasama dengan P&G. Cabaran yang kami hadapi setiap tahun adalah untuk menjadikan ia lebih besar dan lebih baik, rekod jumlah penyertaan pada tahun ini membuktikan bahawa kami telah berjaya berbuat demikian. 

 

"Peraduan-peraduan seperti ini membantu kami menyampaikan nilai yang konsisten kepada para pelanggan, dan kami berterima kasih kepada P&G kerana telah bersama menjayakannya. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan kerana telah memberi inspirasi kepada kami untuk mencari idea-idea baharu bagi memenuhi janji ‘Always Low Prices’," katanya.

 

Peraduan MR D.I.Y. tersebut menyaksikan lebih daripada 590 pelanggan bertuah membawa pulang hadiah bernilai RM148,888, termasuk telefon pintar iPhone 13 Pro untuk dua pemenang hadiah kedua, pembersih vakum Dyson V12 Detect Slim Fluffy untuk empat pemenang hadiah ketiga, serta 588 baucar tunai MR. D.I.Y. dan MR. DOLLAR sebagai hadiah sagu hati.

 

 

mrdiy

 

 

Peraduan MR. DOLLAR turut menyaksikan para pemenang membawa pulang hadiah-hadiah menarik termasuk TV Pintar Samsung 43 inci AU7700 4K UHD sebagai Hadiah Kedua dan 188 baucar tunai sebagai hadiah sagu hati.

 

Syarikat tersebut kini sedang menjalankan peraduan MR D.I.Y. x P&G “Raya & Menang” edisi kelima, sehingga 31 Mei 2022. Pelanggan hanya perlu membeli produk-produk P&G bernilai RM15 dalam satu resit, imbas kod QR dan menjawab dua soalan mudah. 

 

Peraduan ini menawarkan lebih daripada 100 hadiah mingguan dengan peti sejuk gaya 50-an dari SMEG sebagai hadiah utama. - DagangNews.com