Pernas sumbang RM20,000 bantu asnaf, ibu tunggal melalui Program CSR Sinar Ramadan 2024 | DagangNews Skip to main content

Pernas sumbang RM20,000 bantu asnaf, ibu tunggal melalui Program CSR Sinar Ramadan 2024

(Dari kiri) Muhammad Shaheedzam Shamsuddin, Datuk Azlan Abu Rais dan Tengku Mohamed Fadhli Tengku Hamzah ketika menyampaikan baucar beli-belah dan duit raya kepada anak-anak asnaf Kampung Kerinchi ketika Majlis Iftar dan Program CSR Sinar Ramadan Pernas 2024 di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 25 Mac - Seramai 60 anak-anak asnaf dan ibu-ibu tunggal dibantu melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Perbadanan Nasional Bhd (Pernas) yang pertama pada tahun ini.

 

Pernas memaklumkan, pihaknya memperuntukkan sebanyak RM20,000 untuk disumbangkan kepada para penerima dan juga sumbangan khas kepada Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi.

 

Katanya, bagi meraikan dan membantu persiapan kelengkapan menyambut Syawal, Pernas agensi di bawah kawal selia Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyantuni golongan berkenaan sempena Majlis Iftar dan Program CSR Sinar Ramadan Pernas 2024 di masjid tersebut.

 

"Inisiatif Program CSR Sinar Ramadan ini juga adalah sebagai tanda keprihatinan syarikat untuk membantu golongan  yang memerlukan untuk persiapan menyambut Syawal," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

 

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengarah Pernas, Datuk Azlan Abu Rais dan Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Ekonomi Masjid Ar-Rahah, Muhammad Shaheedzam Shamsuddin.

 

 

pernas

 

 

Ketua Pegawai Operasi Pernas, Tengku Mohamed Fadhli Tengku Hamzah berkata, pihaknya komited menjuarai program-program CSR melalui tiga terasnya iaitu keusahawanan, pendidikan dan kebajikan masyarakat.

 

 

pernas

 

 

pernas

 

 

Katanya, selain Program CSR Sinar Ramadan, Pernas juga mempunyai beberapa inisiatif CSR yang akan dilaksanakan pada tahun ini bagi membantu golongan yang memerlukan. - DagangNews.com