Penjual Malaysia mengutamakan pengalaman membeli-belah dipercayai di Shopee | DagangNews Skip to main content

Penjual Malaysia mengutamakan pengalaman membeli-belah dipercayai di Shopee

TINJAUAN baharu terhadap penjual di Shopee mendapati bagaimana penjual mengutamakan pembelian selamat kepada pelanggan.

 

Apabila 500 penjual dalam talian tempatan ditanya, “Apakah platform pilihan untuk menjalankan perniagaan dalam talian secara selamat untuk pelanggan?” di bulan September 2023, 90% memilih Shopee daripada sembilan platform lain. 

 

Ketua Pemasaran di Shopee, Kenneth Soh berkata, hasil tinjauan ini menyaksikan kepercayaan tinggi penjual Malaysia terhadap keupayaan Shopee dalam membekalkan platform yang selamat untuk perniagaan mereka.

 

"Platform kami menawarkan pelbagai ciri perlindungan yang inovatif untuk membantu pelanggan kekal selamat seperti Shopee Guarantee, pilihan pembayaran selamat, dan program pengesahan Preferred+ dan Shopee Mall.

 

"Shopee juga bekerjasama rapat dengan agensi penguatkuasaan undang-undang untuk melawan penipuan dan melindungi pengguna kami,” kata beliau. 

 

parafrasa

 

Impak Ketara terhadap Keuntungan Penjual

Tinjauan #ShopSafewithShopee mendapati sembilan dalam sepuluh penjual Malaysia di Shopee telah melindungi perniagaan mereka dari semua bentuk penipuan dalam talian pada tahun lalu. Membekalkan pengalaman membeli-belah boleh dipercayai telah memberikan manfaat ketara seperti berikut: 

 

  • 53% penjual melindungi reputasi jenama dengan rating cemerlang, mengelak kehilangan pengikut, dan mengurangkan aduan pelanggan terhadap kedai mereka.

 

  • 24% penjual berjaya jimat berbelanja dari sebarang liabiliti yang mungkin wujud disebabkan oleh penipuan seperti pembatalan pesanan dan bayaran pemprosesan.

 

  • 23% penjual mengekalkan kesinambungan jangka masa lama buat operasi mereka kerana mereka berjaya mengekalkan kesetiaan pelanggan dan mengelak gangguan perniagaan dalam talian. 

 

Hasil ini menunjukkan hakikat bahawa penjual amat memahami bahawa pelanggan mahu yakin yang mereka membeli daripada penjual yang boleh dipercayai dan pembelian mereka dilindungi.

 

Dengan mengambil langkah-langkah untuk memastikan pembelian selamat, penjual tahu mereka boleh membina kepercayaan dengan pelanggan dan meningkatkan jualan mereka. 

 

Mengutamakan Ciri Keselamatan untuk Kepercayaan Maksimum Pelanggan

Shopee mengukuhkan jualan bertanggungjawab dalam kalangan penjual dengan memberi insentif untuk memastikan khidmat terbaik diberikan kepada pembeli.

 

Hab Pendidikan Penjual Shopee University turut memacu pendidikan melalui webinar percuma tentang Perlindungan Jenama Malaysia, Polisi Pemulangan, dan Shopee Mall. 

 

Apabila ditanya, “Apabila anda memulakan perniagaan dalam talian, apakah ciri yang anda utamakan untuk memastikan keselamatan pelanggan anda?” Hasil daripada penjual tempatan yang mengambil bahagian dalam tinjauan adalah:

 

  • 47% penjual di Shopee telah membentuk piawaian operasi keselamatan yang kukuh dengan mematuhi polisi dan garisan panduan selamat Shopee, membekalkan khidmat pelanggan terbaik, dan sekaligus mengumpul rating dan testimoni dari pelanggan. 

 

  • 35% penjual telah disahkan sebagai penjual Shopee Mall, Preferred+, Preferred dengan objektif untuk membolehkan pelanggan mengetahui yang mereka mengikuti Polisi Ketulenan 100%, mematuhi polisi pemulangan/wang kembali 15-hari untuk semua pembeli, dan mempunyai lebih 95% produk disenaraikan sebagai sedia ada. 

 

  • 17% penjual memastikan pelanggan mereka tahu bahawa Shopee menawarkan pelbagai pilihan pembayaran secara selamat dan polisi pemulangan/wang kembali, seperti Shopee Guarantee, di mana bayaran kepada penjual ditangguh sementara oleh Shopee sehingga pembeli mengesahkan pesanan mereka dipenuhi dan memuaskan. 

 

Langkah-langkah proaktif ini adalah sejajar dengan apa yang pelanggan tempatan mahukan untuk pengalaman selamat dalam talian.

 

Dalam tinjauan serupa ke atas 1,000 pembeli-belah pada bulan lalu, Shopee mendapati rakyat Malaysia menghargai pendapat pembeli lain ketika membeli dalam talian. Mereka juga berkemungkinan memilih penjual yang telah disahkan Shopee atau mempunyai rekod khidmat pelanggan yang baik. - DagangNews.com