Peningkatan Pekerja ‘Boomerang’ – 3 daripada 4 Pekerja Malaysia pertimbang kembali kepada bekas majikan | DagangNews Skip to main content

Peningkatan Pekerja ‘Boomerang’ – 3 daripada 4 Pekerja Malaysia pertimbang kembali kepada bekas majikan

TIGA daripada empat profesional (75%) di rantau ini mempertimbang untuk kembali kepada bekas majikan, dengan 24% memetik perkembangan kerjaya sebagai faktor utama, menurut satu tinjauan yang dilakukan oleh Robert Walters di Asia Tenggara (SEA).

 

Situasi ini dapat dilihat di Malaysia, di mana majoriti golongan profesional, 75% (sama dengan Asia Tenggara) merenung kemungkinan untuk menyertai semula organisasi lama.

 

Mereka turut menyatakan peluang kerjaya sebagai faktor utama (21%).

 

Seramai 20% responden di Malaysia mengutamakan pakej gaji yang lebih baik dan pertukaran kepimpinan untuk mereka pertimbangkan kembali kepada bekas majikan.

 

Menunggu Peluang

Dari enam negara yang ditinjau, Malaysia menyaksikan responden paling ramai (32%) yang masih mengekalkan perhubungan dengan majikan lama untuk peluang kerjaya masa depan.

 

Sementera itu, lebih 39% (satu per tiga) profesional mendedahkan mereka mempunyai hubungan rapat dengan bekas majikan yang telah menjadi persahabatan walaupun mereka sudah meninggalkan organisasi tersebut.

 

Lebih daripada satu suku responden (27%) berhubung semula dengan bekas majikan secara aktif dalam masa dua tahun yang lalu, dan 19% professional melakukannya untuk merebut peluang pekerjaan pada masa depan.

 

Di samping itu, hanya 14% responden berkata mereka telah ‘menutup pintu’ selamanya; dan tidak mempunyai apaapa perhubungan dengan bekas majikan.

 

Keterbukaan Majikan untuk Menggajikan Bekas Pekerja

Di keseluruhan rantau, Malaysia berada di belakang Filipina di mana 83% daripada majikan menggajikan semula bekas pekerja (80% majikan di Malaysia).


 

Ai Rene Tan
                   Ai Rene Tan

 


"Majoriti majikan di Malaysia sanggup menggajikan bekas pekerja untuk tugas baharu, terutamanya jika mereka merupakan pekerja contoh dalam jawatan mereka terdahulu,” menurut Ketua Robert Walters Malaysia, Ai Rene Tan.

 

“Ini menunjukkan keterbukaan majikan Malaysia dalam membuka semula pintu kepada bekas pekerja selagi mana mereka mempunyai kualiti dan kemahiran yang diperlukan.

 

"Walaupun saya menasihatkan agar majikan berinteraksi semula dengan bekas kakitangan, ia adalah penting untuk mereka mempertimbangkan latihan kepada pengurus mengenai pelaksanaan proses keluar yang positif. Menerima konsep pekerja ‘boomerang’ boleh menawarkan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah kekurangan bakat,” katanya.

 

Senada dengan Ai Rene, Ketua Pengarah Eksekutif Robert Walters Asia Tenggara Kimberlyn Lu berkata, “Tidak dinafikan bahawa trend pekerja boomerang meningkat di seluruh Asia Tenggara seperti yang ditunjukkan dalam tinjauan kami. Bagi mengekalkan bakat dan mengurangkan pemberhentian, penting untuk majikan memahami kegusaran pekerja dan menggunakan maklumat bagi menyelesaikan isu-isu berbangkit.”

 

Untuk maklumat lanjut mengenai pasaran kerja Malaysia, set kemahiran yang dicari dan trend penggajian terbaharu, sila layari www.robertwalters.com.my. - DagangNews.com