Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus miskin tegar bakal terima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mulai 17 Julai 2023 | DagangNews Skip to main content

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus miskin tegar bakal terima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mulai 17 Julai 2023

oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 16 Julai - Lebih 210,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kategori miskin tegar berdasarkan data e-Kasih bakal menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mulai Isnin, 17 Julai 2023 berjumlah RM600 bagi mendapatkan keperluan barangan makanan asas.

 

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Perpaduan telah memperuntukkan hampir RM130 juta di bawah inisiatif Payung Rahmah untuk membantu golongan kurang berkemampuan terutamanya kumpulan miskin tegar mendepani cabaran kos sara hidup.

 

"Oleh itu, dengan sumbangan yang diberikan ini dapatlah menampung sebahagian daripada perbelanjaan seharian mereka,” kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Pelaksanaan SARA akan dibuat mulai 17 Julai 2023 bagi penerima daripada Semenanjung Malaysia, manakala penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan mulai 7 Ogos 2023 seperti jadual berikut: 

 

tnb

 

Soalan lazim (FAQ) dan semakan status kelayakan SARA boleh didapati di Portal Rasmi STR, pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my manakala maklumat lanjut mekanisme pelaksanaan SARA pula boleh dirujuk melalui https://www.mykasih.com.my- DagangNews.com