KUALA LUMPUR 23 Mac - Theta Edge Bhd berkata penamatan kontraknya untuk membangunkan sistem maklumat hospital dan rekod perubatan elektronik untuk Institut Jantung Negara adalah “berdasarkan dakwaan keingkaran oleh syarikat itu”.
"Projek tersebut telah mencapai kemajuan yang besar dan syarikat itu kini sedang mendapatkan nasihat undang-undang," kata Theta Edge dalam makluman di Bursa Malaysia.
Pada Isnin, Theta Edge mengumumkan bahawa unit milik penuhnya Theta Technologies Sdn Bhd telah menerima notis penamatan daripada Institut Jantung Negara Sdn Bhd.
Syarikat komunikasi dan teknologi maklumat itu, yang merupakan ahli Kumpulan Tabung Haji, berkata Theta Technologies telah dianugerahkan kontrak empat tahun bernilai RM25.2 juta oleh Institut Jantung Negara Sdn Bhd.
Surat anugerah itu bertarikh 25 Feb 2001, dan kontrak itu tidak tertakluk kepada sebarang tempoh pembaharuan, kata Theta Edge.
Syarikat itu berkata kontrak itu telah menyumbang secara positif bagi tahun berakhir 31 Dis 2021 (FY2021) dan FY2022.
“Risiko berhubung dengan penamatan kontrak adalah ganti rugi yang boleh dituntut akibat daripada penamatan dan tuntutan daripada pembekal,” tambahnya. - DagangNews.com








