KUALA LUMPUR 9 Mac - Pelupusan kepentingan dalam syarikatnya, AIMS Data Centre Holding Sdn Bhd (AIMS) yang sedang dijalankan memberi tawaran menarik pada kewangan TIME dotCom Bhd tahun lalu, menurut Maybank investment Bank (Maybank IB).
“Kami menganggarkan pendapatan pro-forma lebih rendah pada kira-kira 12% dan tunai bersih yang tinggi pada kira-kira 24% lebih tinggi,” kata firma penyelidikan itu.
Menurut firma tersebut, cadangan pelupusan itu sedang dijalankan justeru TIME terpaksa melaporkan kewangan pusat data secara berasingan sebagai operasi terhenti (MFRS 5) dalam suku keempat tahun kewangan 2022 (4QFY22).
“Pusat data itu melaporkan hasil kasar sebanyak RM208 juta, peningkatan 14% tahun ke tahun (YoY) FY22 berkemungkinan didorong sumbangan tambahan daripada kemudahan baharu di Cyberjaya,” katanya.
Mengulas berkenaan kewangan FY22, firma itu menganggarkan transaksi berganda 30x EV/EBITDA dan 43 PER yang dilihat masih menarik.
Pada akhir urus niaga, TIME akan mempunyai 30% kepentingan dalam AIMS Data Center (Thailand) Ltd.
“Pada asas pro forma, kami menganggarkan keuntungan bersih FY22 rendah pada kira-kira 12%,” katanya.
Maybank IB berkata hutang bersih untuk operasi yang dihentikan adalah RM75 juta, manakala aliran keluar tunai daripada pelaburan berjumlah RM152 juta, mungkin kesan perbelanjaan modal dan pemerolehan bangunan KWSP.
Time juga telah memperuntukkan RM1 bilion daripada RM2 bilion hasil pelupusan untuk membayar dividen khas sebanyak 54 sen sesaham setelah selesai urus niaga.
Oleh itu, Maybank IB mengekalkan saranan ‘pegang’ dengan harga sasaran (TP) sebanyak RM5.70 sementara menunggu pelupusan tersebut selesai. -DagangNews.com








