KUALA LUMPUR 22 Julai - Bermula Julai sehingga 12 Oktober 2022, pelanggan baharu dan sedia ada pek unifi TV (Ultimate, Varnam Plus, Aneka Plus dan Ruby Plus) akan menikmati akses 90 hari ke Lionsgate Play secara percuma apabila ianya diaktifkan melalui https://activate.unifi.com.my/lgp/.
Diperkenalkan kepada penonton di Malaysia pada bulan Oktober tahun lepas, platform penstriman antarabangsa itu menawarkan filem-filem blockbuster yang unik, tayangan filem premium, filem dan siri lama kegemaran ramai, dan rancangan TV yang menarik untuk penonton urban berumur 25-45 tahun.
Lionsgate Play Malaysia dengan kerjasama unifi TV menawarkan pelbagai rancangan premium eksklusif untuk seisi keluarga, daripada aksi, drama dan percintaan sehinggalah kepada thriller dan komedi.
Ketua Pegawai Komersial dan Naib Presiden Eksekutif unifi, Anand Vijayan berkata, tawaran Lionsgate Play di dalam pek unifi TV menyediakan hiburan penstriman yang komprehensif untuk penonton berbilang generasi, di dalam dan luar kediaman.
“Dengan isi rumah rakyat Malaysia yang sering terdiri daripada keluarga berbilang bahasa, tawaran ini memenuhi keperluan tontonan semua ahli keluarga dalam satu langganan.
“Kami berbesar hati menjadi rakan eksklusif Lionsgate Play di Malaysia dan membawakan lebih banyak kandungan antarabangsa ke dalam negara.
"Para pelanggan kami boleh menonton kandungan bertaraf dunia melalui aplikasi mudah alih, pelayar web, dan unifi Plus Box, pada bila-bila masa, di mana-mana dan melalui sebarang peranti pintar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Naib Presiden Eksekutif Lionsgate, Amit Dhanuka pula berkata, mereka gembira dapat mengeratkan lagi hubungan bersama unifi dengan menyajikan hiburan eksklusif bertaraf dunia melalui platform Lionsgate Play di Malaysia.
"Kandungan premium kami yang luas meliputi pelbagai genre termasuklah drama, aksi, thriller dan banyak lagi, akan memenuhi citarasa penonton tempatan.
"Lionsgate Play menyediakan kandungan baharu pada setiap hari Jumaat, dengan senarai yang mengandungi pelbagai rancangan menarik supaya penonton lebih mudah untuk memilih.
"Ini menjadi penyelesaian kepada salah satu cabaran terbesar buat mereka yang sibuk bekerja yang sering tertanya-tanya apa akan ditonton seterusnya dan mungkin sering menghabiskan lebih banyak masa menyemak imbas kandungan daripada benar-benar menikmatinya," katanya. - DagangNews.com








