Nizra Industries berharap dapat tarik perhatian TUDM dengan pameran kawalan trafik udara | DagangNews Skip to main content

Nizra Industries berharap dapat tarik perhatian TUDM dengan pameran kawalan trafik udara

oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 6 Mei - Syarikat pertahanan tempatan Nizra Industries berharap dapat menarik perhatian Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tahun ini dengan pameran kawalan trafik udara mereka.

 

Syarikat tempatan itu berharap dapat membuat kehadirannya dirasai pada pameran Defence Services Asia (DSA) dan National Security (NatSec) Asia 2024 yang sedang berlangsung dari 6 hingga 9 Mei di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (Mitec).

 

“Syarikat ini juga akan mempamerkan cadangan, dengan kerjasama syarikat pertahanan terkemuka Itali, untuk Kawalan Trafik Udara di Pangkalan Udara Kuantan untuk TUDM.

 

"Cadangan itu termasuk perkhidmatan selepas jualan dan latihan operasi di Malaysia," katanya.

 

 

nizra
Ibu pejabat Nizra Industries di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur

 

 

Nizra Industries juga berkata ia mengutamakan pertumbuhan bakat tempatan dan bertujuan untuk meningkatkan keupayaan teknikal dan pembuatan dalam komuniti.

 

"Syarikat itu terus meningkatkan keupayaan dan kepakaran teknikalnya melalui kerjasama tempatan dan asing serta bantuan daripada rakan kongsi teknologinya," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Nizra Industries percaya Malaysia mempunyai potensi untuk menjadi hab serantau bagi sektor pertahanan kerana "berkecuali serantau dan banyak bakat". - DagangNews.com