Netflix turunkan harga langganan di Malaysia kepada RM28 sebulan | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Netflix turunkan harga langganan di Malaysia kepada RM28 sebulan

KUALA LUMPUR 21 Feb - Netflix menyemak semula harga pelan asasnya di Malaysia daripada RM35 sebulan kepada RM28 sebulan.

 

Perkhidmatan penstriman berbayar itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, matlamatnya adalah untuk menawarkan pelbagai jenis rancangan dan filem berkualiti, yang disusun secara khas untuk para pelanggan.

 

Katanya, ahli baharu yang melanggan akan menikmati harga baharu bagi pelan asas berkuat kuasa serta-merta, mulai hari ini.

 

"Kemas kini ini akan dilancarkan kepada pelanggan sedia ada dalam beberapa minggu akan datang dari kitaran bil seterusnya.

 

"Pelanggan sedia ada akan dimaklumkan melalui e-mel dan masa sebenar akan bergantung pada kitaran bil tertentu ahli," katanya. - DagangNews.com