KUALA LUMPUR 12 Julai - KPJ Healthcare Bhd (KPJ Healthcare) telah mengumumkan pelantikan Nantha Kumar Subramanian sebagai Ketua Pegawai Digital KPJ Healthcare yang baharu berkuat kuasa 1 Julai 2022.
Nantha Kumar mengambil alih jawatan itu daripada Yap Chee Wai yang sebelum ini meletak jawatannya daripada KPJ Healthcare sebagai ketua pegawai teknologinya untuk mengejar kepentingan lain.
“Sebagai seorang berpengalaman luas dalam teknologi, transformasi digital dan teknologi kewangan (fintech), kami yakin beliau mampu mengetuai jabatan perkhidmatan teknologi kumpulan syarikat dan menerajui keseluruhan perjalanan transformasi digital syarikat sebagai sebahagian daripada fasa seterusnya dalam pelan pertumbuhan strategik KPJ Healthcara,” kata Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata dalam satu kenyataan, semalam.
Mohd Shukrie berkata kepakaran dan pengalaman Nantha Kumar dalam teknologi dan penyelesaian digital akan membuka jalan untuk masa depan digital di KPJ Healthcare.
Sebelum menyertai KPJ Healthcare, Nantha Kumar memegang jawatan sebagai ketua negara syarikat fintech antarabangsa, Perfios Software Solutions Private Ltd, menurut Bernama.
Pengalaman sepanjang 22 tahun beliau dalam pembuatan berteknologi tinggi dan kewangan di London, Eropah dan Asia, Nantha Kumar mengetuai transformasi empat syarikat kewangan dan pengguna, beliau memainkan peranan penting untuk mencapai kecekapan kos dan meningkatkan operasi. - DagangNews.com








