KUALA LUMPUR 14 Dis - myTukar merangkul dua anugerah berprestij, ‘Employee Engagement of the Year’ dan 'Team of the Year' pada 'Malaysia Management Excellence Awards 2022', 8 Disember 2022.
Ia bagi mengiktiraf pelbagai strategi yang telah dilaksanakan syarikat itu sepanjang beberapa tahun lalu selain memberi keutamaan kepada kebajikan kakitangan.
Pengarah Sumber Manusia myTukar, Chok Oi Sin berkata, dua tiga tahun lalu merupakan satu detik yang mencabar, bukan sahaja untuk industri automotif, tapi juga untuk sektor-sektor yang lain.
Bagaimanapun katanya, detik tersebut juga telah menjurus kepada entiti-entiti perniagaan memberi keutamaan kepada para individu dan pasukan dalam organisasi mereka, dalam usaha untuk menavigasi cabaran yang terbentang secara efektif.
"Dengan itu, kami benar-benar bersyukur dan berbesar hati untuk menerima anugerah ini. Ini ialah hasil usaha sebuah pasukan, dan kenaikan produktiviti dalam tempoh enam bulan ini membuktikan kenyataan tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pandemik telah meletakkan beban yang besar ke atas pelbagai industri, justeru banyak perniagaan yang terpaksa menggulung tikar, malah kadar pengangguran juga telah dilihat menjangkau kadar 5.3% pada bulan Mei 2020.

Sungguhpun begitu, myTukar telah berjaya untuk bukan sahaja mengekalkan bilangan tenaga kerjanya, tapi turut meningkatkan pengambilan kakitangan.
Tambahan lagi, pendapatan per kakitangan jenama ini telah meningkat sebanyak 14% dalam S1 TK2022 dan 37% dalam S2 TK2022.
Ketua Pegawai Eksekutif myTukar, Derrick Eng pula berkata, pihaknya merancang untuk meluaskan lagi inisiatif kami bagi memastikan kakitangan myTukar berasa terjaga dan disokong, serta terus mewujudkan penyatuan yang positif di tempat kerja.
Katanya, pada tahun 2023, myTukar akan melaksanakan lebih banyak inisiatif yang dirumus untuk memberi impak ke atas tenaga kerja automotif dan teknologi. - DagangNews.com.








