Misi PEGASE 23 kukuhkan kerjasama pertahanan, persahabatan Malaysia dan Perancis | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Misi PEGASE 23 kukuhkan kerjasama pertahanan, persahabatan Malaysia dan Perancis

Pesawat Rafale melakukan penerbangan bersama dengan Sukhoi Su-30MKM dan F/A-18D Hornet.
Oleh Zaki Salleh

KUALA LUMPUR 28 Jun - Malaysia dan Perancis merapatkan lagi hubungan pertahanan sedia ada apabila menyertai latihan ketenteraan bersama, PEGASE 23 melibatkan tentera udara kedua-dua negara.

 

PEGASE 23 merupakan singkatan pada Misi Udara Penonjolan Kuasa Udara Jarak Jauh (Long-Range Power Projection) yang dipamerkan Perancis.

 

Misi ini bagi memperlihatkan kemampuan negara itu untuk melaksanakan operasi di rantau Indo-Pasifik.

 

Ia melibatkan empat buah pesawat tempur Rafale, dua pesawat pengisi bahan bakar Phénix A330 MRTT (Multi Role Tanker Transport) dan sebuah pesawat pengangkut A400M Atlas.

 

Dua daripada empat buah pesawat Rafale yang terlibat dalam Misi PEGASE 23.
Dua daripada empat buah pesawat Rafale yang terlibat semasa singgah di Emiriah Arab Bersatu.

 

Kesemua pesawat Tentera Udara dan Angkasa Lepas Perancis (FASF) ini terbang sejauh 11,000 kilometer dari negara itu sebelum mendarat di Pangkalan Udara Subang, Selangor.

 

Ini juga merupakan latihan bersama yang pertama kali melibatkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan FASF.

 

Aset TUDM yang terlibat pula seperti pesawat pengangkut A400M, pesawat tempur Sukhoi SU-30MKM dan F/A-18D Hornet.

 

Latihan ini dapat mengukuhkan kerjasama baik dan kebolehoperasian (interoperability) antara TUDM dan FASF selari dengan keadaan persekitaran geopolitik semasa,

 

Dua daripada empat buah pesawat Rafale yang terlibat dalam latihan bersama.
Pegawai kanan TUDM semasa menyambut ketibaan delegasi Perancis.

 

Pesawat tempur Dassault Rafale melakukan pengisian minyak di udara bagi penerbangan jarak jauh.
Pesawat tempur Dassault Rafale melakukan pengisian minyak di udara bagi penerbangan jarak jauh.

 

Terdahulu, seramai 19 orang pegawai dan lebih 100 anggota FASF tiba di Pangkalan Udara Subang dengan pesawat A400M sebagai pasukan pendahulu diketuai Brigadier Jeneral Vincent Coste.

 

Ia kemudian disusuli dengan pendaratan kumpulan induk iaitu pesawat Dassault Rafale dan Phénix A330 MRTT.

 

Misi PEGASE 23 adalah sebahagian daripada diplomasi ketenteraan melalui Long Range Power Projection Perancis di rantau ini.

 

Sepanjang berada di Malaysia, delegasi Perancis akan terlibat dalam beberapa program peringkat strategik dan operasional seperti seminar di Maktab Ketahanan Nasional (PUSPAHANAS) serta sesi Subject Matter Expert Exchange (SMEE).  

 

PEGASE 23 merapatkan kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Perancis.
PEGASE 23 merapatkan kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Perancis

 

Selain itu, TUDM dan FASF juga akan melaksanakan latihan penerbangan bersama pada melibatkan pesawat A400M, Su-30MKM, F/A-18D, A330 MRTT dan Rafale.

 

Latihan bersama seperti ini dilihat bakal mengeratkan lagi kerjasama baik dan interoperability antara TUDM dan FASF selari dengan keadaan persekitaran geopolitik semasa. 

 

Misi PEGASE 23 ke Malaysia berlangsung selama empat hari sehingga 28 Jun.

 

Misi PEGASE 23 dilaksanakan Perancis untuk meningkatkan kehadiran dan pengaruh serantaunya di Indo-Pasifik.

 

Duta Perancis ke Malaysia, Axel Cruau semasa berucap menyambut ketibaan Misi PEGASE 23.
Duta Perancis ke Malaysia, Axel Cruau semasa berucap menyambut ketibaan Misi PEGASE 23.

 

Keseluruhan misi ini membabitkan 19 pesawat tempur Dassault Rafale, lima pesawat mengisi minyak A330 MRTT dan empat pesawat pengangkut Airbus A400M.

 

Misi PEGASE 23 akan singgah di 11 persinggahan melibatkan 10 negara menerusi kerjasama dengan  14 tentera udara. - DagangNews.com