IPOH 14 Feb - Mediklinik Sejahtera di sini menawarkan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada 50 pasangan hari ini.
Ini merupakan salah satu sumbangan tanggungjawab sosial korporat klinik itu menerusi aspek kesihatan.
Pengarahnya, Dr Dharminder Singh berkata, program berkenaan juga memberi peluang kepada masyarakat khususnya golongan berpendapatan rendah membuat saringan.
Katanya, pemeriksaan kesihatan merupakan satu rutin yang elok dilakukan secara berkala mengikut peringkat umur.
"Kita memilih tarikh ini supaya nampak relevan agar orang ramai boleh datang membuat pemeriksaan bersama pasangan.
"Dengan datang berdua, maka pasangan ini dapat sama-sama mengambil berat aspek kesihatan masing-masing," ujarnya.
Mediklinik Sejahtera yang terletak di Jalan Sultan Yusoff berhadapan Jalan Leong Boon Siew mula beroperasi pada April tahun lalu.


Ia mempunyai dua orang doktor panel termasuk Dr. Dharminder, seorang jururawat berdaftar dan dua penyelia.
Klinik ini mempunyai dua bilik doktor, dua bilik rawatan serta menawarkan perkhidmatan kesihatan am termasuk pembedahan kecil.
Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia, Intergasi dan Hal Ehwal Masyarakat India negeri Perak, A Sivanesan hadir merasmikan program tersebut. - DagangNews.com








