Maybank, Cambridge IFA jalin kerjasama strategik teroka peluang baharu kewangan Islam | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

 Maybank, Cambridge IFA jalin kerjasama strategik teroka peluang baharu kewangan Islam

(Dari kiri) Datuk Nora Abd Manaf; Tan Sri Dr Ungku Zeti Akhtar Aziz dan Prof. Dr. Humayon Dar pada majlis menandatangani perjanjian kerjasama strategik
Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 5 Julai - Maybank telah menjalin kerjasama strategik dengan Cambridge International Financial Advisory (IFA) untuk bekerjasama dan meneroka peluang baharu dalam bidang kewangan Islam.

 

Dalam satu kenyataan media hari ini, Maybank berkata perkongsian tersebut mengesahkan komitmennya terhadap kepelbagaian jantina (gender diversity) dan pembelajaran berterusan.

 

Tambahnya, ia bersedia untuk menerajui tanggungjawab dalam kewangan Islam sambil memperkasakan wanita dalam industri melalui kerjasama, perkongsian pengetahuan, program kepimpinan, perbincangan panel, rangkaian, dan mewujudkan persekitaran yang inklusif di dalam Maybank.

 

Majlis berlangsung di Menara Maybank, Kuala Lumpur dengan kehadiran lebih 150 orang terdiri daripada pakar industri, wakil kementerian, alumni WOMANi dan wakil Cambridge IFA.

 

Majlis turut diserikan oleh hadirin VVIP termasuk Ketua Pengarah Cambridge IFA, Prof Dr Humayon Dar; Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Maybank, Datuk Nora Abd Manaf; dan bekas gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Ungku Zeti Akhtar Aziz. - DagangNews.com