MAN Malaysia anjur dialog dengan Kementerian Pengangkutan, agensi | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

MAN Malaysia anjur dialog dengan Kementerian Pengangkutan, agensi

Delegasi dari MOT dan agensi di kilang pemasangan trak MAN di Serendah.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 30 Mei - MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd (MAN Malaysia) sekali lagi mempamerkan kepimpinan apabila secara aktif bertemu dengan pihak berkuasa bagi menangani isu-isu yang dihadapi oleh syarikat pengeluar dan juga syarikat pengangkutan.

 

Delegasi seramai 12 orang pegawai dari Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah dijemput oleh MAN Malaysia untuk mengunjungi ibu pejabat syarikat di Rawang dan kilang pemasangan di Serendah baru-baru ini. 

 

Pengarah Urusan MAN Malaysia, Andrew O’Brooks menzahirkan penghargaan kepada MOT atas usaha mengumpulkan agensi-agensi berkaitan pengangkutan darat untuk pertemuan yang julung kali dianjurkan.

 

“Kami berbesar hati atas kesudian pihak kementerian untuk mendengar dan berinteraksi dengan kami bagi meningkatkan kecekapan proses pendaftaran trak baharu dan mencari jalan untuk memberi insentif kepada syarikat pengangkutan yang komited untuk mengurangkan pelepasan dengan melabur dalam trak-trak yang dilengkapi enjin berspesifikasi Euro V. 

 

"MAN komited sepenuhnya untuk mengurangkan jejak karbon kami dan pada masa yang sama memberi tumpuan untuk menghasilkan nilai yang mampan untuk tempoh jangka panjang. Ini menjelaskan mengapa kami membuat keputusan yang berani untuk melengkapkan semua produk trak kami di Malaysia dengan enjin yang mematuhi paras pelepasan Euro V mulai tahun 2022.

 

"Keputusan ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk diambil dan memerlukan pengorbanan. Walau bagaimanapun, kami dapat melihat manfaat untuk Malaysia dan para pelanggan kami melalui langkah yang kami ambil untuk mengurangkan pelepasan kenderaan di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 


Timbalan Setiausaha Bahagian I Perancangan Strategik dan Antarabangsa MOT,  Rosnina Yaacob yang juga ketua delegasi tersebut berkata, kementerian mengalu-alukan inisiatif yang diambil oleh para pengeluar untuk mengeratkan hubungan kerana ia juga membantu pihak kerajaan memahami dengan lebih lanjut tentang keperluan mereka selain memahami teknologi trak terkini yang digunakan di negara ini. 

man
 Rosnina Yaacob

 

 

man

 

 

man

 

 

“Kementerian akan sentiasa berusaha untuk menyediakan dasar-dasar yang lebih baik bagi membantu industri pengangkutan, terutamanya dalam memendekkan dan mempercepatkan proses permohonan pelbagai permit dan kelulusan.  

 

 

man

 

 

man

 

 

"Kami gembira dapat menyertai sesi lawatan dan dialog antara kementerian dan agensi-agensi yang berkaitan dengan MAN Malaysia. Sesi yang dianjurkan ini telah memberi manfaat kepada semua pihak,” kata," katanya. - DagangNews.com